Tahukah anda, di bangunan tertinggi di dunia Burj Al-Khalifa yang terletak di Dubai memiliki 3 zon masa berpuasa. Bangunan ini juga membuktikan bahawa bumi ini bukan mendatar.

Bangunan ini memiliki ketinggian 828 meter dan 160 tingkat. Oleh kerana ketinggiannya, waktu berpuasa di puncak, tengah dan tingkat paling bawah mempunyai tiga zon waktu puasa yang berbeza.

Zon pertama ialah pada ketinggian 80 tingkat pertama. Pada jarak ini, waktu puasa ialah sama dengan waktu umum di daerah tersebut. Zon masa kedua pula ialah pada ketinggian tingkat 81 hingga 150. Pada ketinggian ini, tempoh masa berpuasa bertambah sekitar dua minit. Manakala di zon ketinggian terakhir iaitu pada tingkat 151 ke atas, masa berpuasa bertambah tiga minit.

Semakin tinggi jaraknya dari permukaan tanah, ufuk yang terlihat juga berbeza-beza mengikut ketinggian. Menurut pihak berkuasa agama di Dubai, Mohammed Al-Qubaisi mereka yang menghuni tingkat 80 ke atas, perlu berpuasa melebihi tempoh puasa normal sekitar 2 minit, manakala bermula tingkat 151 ke atas, perlu berpuasa melebihi 3 minit berbanding tempoh normal.

Kesimpulannya, semakin tinggi altitud, semakin panjang tempoh berpuasa berbanding dengan mereka yang tinggal di tingkat bawah.

Perkara ini tidak berlaku di Malaysia kerana KLCC hanya berketinggian 451.9 meter berbanding Burj Al-Khalifa yang berketinggian 828 meter.

SUMBER – BBC

Comments

comments