Menerusi perkongsian dari Pn Idah Bt Basri ini, beberapa akaun bank yang ada telah lama tidak digunakan, dan Pn Idah telah menuntut kembali wang tersebut. Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Salam semua. Nak bagi tau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uoll boleh claim balik. Even rm20, 30 ringgit diorg akan pulangkan pada kita.

Just bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang Tak Dituntut di Tingkat 42 Menara Maybank.

Kalau tak pasti just bagi ic diorg cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan.

Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card dan ada diantaranya duit dari syrikat insurance. Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.

Pergi jangan tak pergi. kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat rm14k beb

Comments

comments