Sebagai seorang isteri yang baik, seharusnya anda lebih mengetahui apa yang disukai oleh suami anda atau yang tidak disukai oleh suami anda.

Seorang isteri harus menjaga aib suaminya, orang tua selalu berpesan, jika hendak melakukan sesuatu, fikirkan sebabnya dahulu.

Jika seorang isteri bersikap jahat, maka nama suaminya turut menjadi jahat. Isteri yang baik tidak akan sesekali melakukan hal terkutuk itu, jaga nama baik suami dan diri sendiri.

Kadang kala seorang isteri tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya, terkuat sedikit suara pada suami, tinggikan suara, itu dah derhaka namanya, tetapi ramai isteri ambil mudah akan hal tersebut.

Tips 7 ‘C’ sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri. Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki paling tidak suka dan paling benci apabila dirinya dicabar, lagi-lagi apabila isterinya sendiri yang mencabarnya. Oleh itu isteri harusnya berwaspada apabila berkata-kata, jika anda mencabarnya, silap haribulan anda pula yang menyesal di kemudian hari.

Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cerai)!”

Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami. Seharusnya seorang isteri cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami agar tidak pula nanti menjadi isteri dehaka.

Celupar

Muka tidak cantik itu tidak mengapa, jangan saja mulut puaka, celupar mengata orang sana sini, sepertinya dirinya sahaja yang baik. Suami tidak menyukai isterinya bermulut celupar, ini kerana isteri itu cermin bagi suaminya. Jika isteri berperangai jahat maka suaminya juga turut mendapat malu.

Comot

Isteri sepatutnya berhias depan suami, bukan hendak keluar baru hendak mekap cantik-cantik dan pakai bau wangi-wangian, tetapi bila dirumah muka pucat dan badan tidak berbau wangi.

Cemburu

Cemburu itu perlu, tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampaikan suami merasa rimas pula. Sikit-sikit nak cemburu, suami pandang bibik sebelah rumah pun isteri nak cemburu. Jika lama-lama perangai berterusan seperti itu, takut nanti suami jadi rimas dan mudah bosan.

Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

Cincai

Suami mana yang suka lihat isteri buat kerja rumah cincai-cincai saja bukan? setidak-tidaknya sebagai isteri harus la menjaga makan dan minum suami dengan baik dan menguruskan anak dengan baik. Sebab tu suami tak kisah isteri tidak cantik asalkan pandai buat kerja dan amanah dalam melakukan kerja rumah.

Walau bagaimanapun tolak ansur sesama suami isteri amatlah penting dalam rumahtangga, jika isteri seorang yang degil, suami harusla menegur dengan baik supaya isteri dapat menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Semoga memberi manfaat manfaat kepada semua ya!

Sumber: Limaumanis.com

Comments

comments