Kalau anda penggemar biskut, mesti anda tertanya kenapa di biskut ada lubang kecil-kecil?

Sebenarnya lubang-lubang di biskut itu ada fungsinya sendiri, bukannya saja-saja.

Lubang-lubang tersebut dibuat adalah untuk memastikan biskut dimasak secara rata.

Jika tiada lubang, biskut yang dimasak akan mengelembung, masakan tidak sempurna dan biskut ini akan kelihatan tidak sempurna.

Bukan itu sahaja, jarak lubang tu pun cantik tersusun. Ini kerana ia memainkan peranan yang penting bagi memastikan rasa biskut tersebut serta supaya ia tak menjadi terlalu keras.

Itulah kisahnya tentang lubang-lubang di biskut.

Comments

comments