TIPS JIKA ANDA MAHU KE SUNWAY LAGOON

Tetiba hari ni datang mood rajin syaz nak share dengan korang ape yang patut dan tak patut korang buat bila bersuka ria kat Sunway Lagoon.

Syaz share ni berdasarkan pengalaman syaz pegi situ dua kali. Kali pertama syaz pergi tu time weekdays. Tapi time tu harga tiket RM90 lagi.

Tapi yang terbaru ni syaz pergi time promotion Quacktastick Tuesday. Harga tiket cuma RM60 sorang.

Kalau normal price RM120 per entry da sekarang. So kira dapat half price lah.

Tapi promo ni hanya ada sekali saje tiap bulan. And hari selasa jee. So next promo dia:

5 September
3 October
7 November

Siapa yang nak grab promo ni bole la plan dari awal ehh. Nak apply cuti siap-siap ke ape. Lol.

So antara tips syaz nak share adalah:

1. Book tiket online

Ni ape yang syaz buat tiap kali pegi sunway lagoon. Memang tak pernah beli tiket walk in pun.

Sekarang semua di hujung jari kan? So bila da book online, buat online banking semua, korang kene print je email dari sunway.

So masa hari kejadian, hanya sorang wakil je kene Q untuk redeem tiket. Just tunjuk kertas yang kita print tu. And tunjuk ic.

Kalau korang nak pergi bukan time promo, kena pandai cari tiket-tiket yang bole dapat diskaun kat Google.

2. Locker

Nak sewa locker pun korang bole pilih nak beli time kat sana atau online. Tapi syaz macam biasa, beli siap-siap je sekali dengan tiket.

Tapi haritu kitorang silap sebab tersewa locker size small. Syaz tak tau plak dia ade large punya.

Locker small tu muat dalam 2 beg je. So kalau agak-agak korang pergi lebih dari dua orang tu, memang kena sewa locker large senang.

Harga dia?

Small: RM22
Large: RM43

Tapi kalau malas nak sewa mahal-mahal, korang masukkan beg yang ade barang berharga je dalam locker.

So beg-beg yang cuma ade baju, towel, toiletries sume tu bole je tinggalkan kat meja-meja santai yang disediakan kat situ. InsyaAllah selamat je. Tak de orang curi.

3. Pelampung

Ni antara yang kitorang menyesal sewa haritu. Sebab macam tak de function sangat kalau sewa.

Sebab mainan-mainan dalam sunway tu semua dah ade pelampung tersendiri. Kita tak payah guna pelampung yang disewa tu.

So basically pelampung tu guna untuk main kat river, ombak macam tu je. Better tak yah sewa lah bagi syaz. Membazir!

Kitorang guna brape jam je sebab malas nak kena angkut ke hulu hilir. Lepas tu kalau orang curi pelampung kita, kita tak dapat balik deposit.

Harga sewa pelampung: RM16
Deposit: RM10

So time ambik tu kena bayar RM26. Dah pulangkan balik, baru dapat RM10 tu.

4. Theme park ke water park dulu?

Sejujurnya, syaz lagi suka pilih water park dulu. And of course benda pertama korang kena pegi adalah Vuvuzela!

Kalau lambat, memang beratur sampai 3-4 jam laa. Macam haritu syaz beratur 2 jam! Baju kitorang yang basah pun sempat kering tau.

Orang memang rebut-rebut nak naik benda tu sebab dia antara signature sunway laa. Tapi bila dapat naik tu memang puas! Jerit sampai nak keluar anak tekak. Haha!

And kalau pegi by group, better genapkan terus 4-6 orang. So senang nak naik benda-benda tu.

5. Giant wave (ombak)

Ni antara yang syaz suka jugak. Sebab ombak dia memang havoc! Tak penah lagi syaz jumpa water park yang ade ombak tinggi gila macam kat situ.

So kalau pegi sunway, memang kena rasa macam mana korang kene hanyut dengan ombak. Haha!

Time dia: 3-3.30 petang sahaja.

Korang kena pandai bajet-bajet laa timing tu. Kalau agak-agak beratur lama lagi, better enjoy main ombak je. Sumpah best!

6. Solat

Part ni korang jangan terkejut lah kalau semua telekung kat surau tu lembab dan basah.

Memang susah nak dapat yang kering. So ape kitorang buat, zohor tu kitorang solat je guna baju mandi tu. Agak tak selesa la. Tapi tak kan la sanggup nak tinggalkan solat pulak kan?

So bagi syaz, kalau korang nak selesa, bawak telekung sendiri. Atau bawak stokin siap-siap.

Lepas dah bersihkan diri, tukar baju semua, baru lah bole solat dalam keadaan selesa kan?

Rasanya takat ni dulu kot yang syaz nak share. Kalau nak tanya benda yang syaz tak cerita dalam ni, boleh je pm syaz.

Kalau nak study lagi pasal sunway lagoon, bole bukak terus website dia.

www.sunwaylagoon.com 

dikongsikan oleh Syaz Mansor

Comments

comments