Apabila kita membeli cili atau lada pasti kita terutamanya suri rumah akan stress kerana cili tersebut akan kelihatan ‘benyek’ atau tidak segar selepas beberapa hari bukan?

Namun ada yang tak tahu sebenarnya ada tips untuk mengekalkan kesegaran cili tersebut sehingga sebulan!

Pastinya ia sangat membantu dan mengelakkan pembaziran bahan masakan. Wanita ini kongsikan 5 tips mengekalkan kesegaran cili.

  1. Buang tangkai dari badan cili
  2. Bersihkan Cili Padi menggunakan air bersih/RO Water dan tapis
  3. Masukkan dalam bekas/tupperware dan alas dengan tisu bersih.
  4. Letakkan seulas bawang putih yang dah siap dikupas
  5. Tutup bekas/tupperware dan masuk dalam peti sejuk

Mengikut Liana, cili tersebut boleh tahan hingga sebulan dengan tips ini. Selamat mencuba!

Comments

comments