Kibas Cadar Sebelum Tidur

Kulit adalah satu organ terbesar manusia. Bersaiz keseluruhan 20 kaki persegi yang terdiri dari 3 lapisan, epidermis, dermis dan hipodermis.[1] Bermanfaat besar pada badan kerana kulit ini sistem pertahanan badan utama dari gangguan luar samada kuman, debu, air, api dan sebagainya. Keseimbangan suhu badan juga dipengaruhi oleh keutuhan kulit badan. Di samping ianya salah satu pancaindera utama melalui rasa sentuhan dari panas, sejuk dan sakit.[2]

Keunikan kulit ini adalah bertukar salin setiap saat. Cuma kita tidak perasan. Sel-sel kulit dianggarkan sebanyak 1.6 trillion yang akan silih berganti apabila cukup masanya. Setiap jam sebanyak 30,000 hingga 40,000 sel akan jatuh mati (peel off). Bermakna sehari satu juta sel kulit yang sudah mati akan gugur dari badan. Ianya akan menjadi debu-debu berterbangan atau hinggap di mana-mana permukaan tempat kita bermastautin.[3] Jika tidak disapu bersih, 3.6 kilogram/setahun debu kulit kita akan melekap bertebaran atas lantai, cadar, tingkap, langsir dan seumpamanya.

Debu kulit ini menjadi makanan ruji kepada Kutu Debu Rumah (house mite). Sebanyak 1.5 gram debu kulit sudah cukup memberi makan sehari untuk sejuta kutu debu rumah.[4] Kebanyakan pesakit asma akan alahan / alergik dengan kutu debu rumah ini. Kutu debu rumah akan berterbangan dan memasuki salur pernafasan menyebabkan asma tercetus. Begitu juga mereka yang berpenyakit resdung, kejadian berair hidung, bersin dan gatal hidung akibat dari dihinggap oleh kutu debu rumah ini. Justeru kebersihan rumah adalah tonggak utama bagi mencegahnya.

Sesuai dengan sabdaan Rasulullah ﷺ: “Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan”
[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakang dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.

Sel-sel kulit yang mati ini TIDAK SESEKALI akan memasuki semula badan melalui kulit. Jika terdapat teori yang mengatakan sel-sel mati ini akan masuk semula badan sehingga menyebabkan penyakit serius, ia adalah tidak benar.

Sel-sel kulit mati ini boleh dibersihkan dengan tatacara paling ringkas, kibaslah tempat tidur. Tetapi sel-sel ini akan berterbangan ke tempat lain pulak. Penggunaan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya tidak dapat membersihkan mereka.

Justeru kaedahnya bersihkan semua permukaan tempat anda termasuk cadar, langsir dan sebagainya.

Kebersihan adalah sebahagian dari iman

Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli

Comments

comments