Singapura telah lama melaksanakan sistem Tag RFID untuk pembayaran tol dan ia dilihat dapat menyelesaikan kesesakan lalulintas yang dihadapi apabila pengguna mempunyai masalah dengan baki atau fungsi Smart Tag.

Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) mengatakan sekurang-kurangnya satu lorong akan disediakan untuk percubaan Tag RFID bermula awal tahun 2018.

Melalui Tag RFID, pengguna hanya perlu melekatkan satu pelekat khas pada cermin kereta dan sistem pengesan di plaza tol akan mengimbas menggunakan gelombang radio.

Ia dijangka dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tumpuan.

Buat masa ini, LLM telah mulakan ujian berperingkat untuk teknologi tag RFID ini pada kenderaan polis, ambulans dan juga bomba.

Secara keseluruhan, LLM menyasarkan untuk memperkenalkan ia secara sepenuhnya mejelang 2020 kelak.
Namun, kami jangka sistem yang bakal digunakan pada awalnya masih menggunakan sistem palang tol untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan lorong tersebut.

Mungkin jika ia sudah mula mendapat respon positif, kerajaan akan mewajibkan pemasangan tag RFID pada semua kenderaan baru yang dipasarkan di Malaysia.

Comments

comments