Tujuan Nad bukanlah hendak membuka pekung di dada tapi semoga menjadi pengajaran buat semua terutama mereka yang bergelar penjawat awam macam Nad.

Terjerat dalam keterhutangan yang melampau bukanlah sesuatu yang menyenangkan.

Al-kisah panjang yg dipendekkan, 3 bulan pertama bekerja, Nad banyak terima inbox dan kadang Whatsapp bertanyakan khabar and so on entah dari siapa tak kenal. Nampak smart bergaya,berkot, bertali leher dan ada jambangan bunga. Wuish macam hebat dorang2 ni. Dipendekkan kisah, Nad pun terjebak.

Dan buat personal loan semata2 untuk bisnes entah apa2 yg sampai sekarang tak boleh refund. Berapa? 6 angka personal loan. Menyesal? Jangan cakaplah. Boleh mental jadinya.

Dan Nad mula terjebak dengan penggunaan kredit kad. Dan tanpa Nad duga, kelebihan kredit kad itu disalah gunakan. Swipe sana swipe sini. Last2 hutang jadi bertimbun. Bila diri dah mula terjerat dalam hutang, benda2 macam ni berlaku pada Nad.

•Spesis kawan lelaki yg Nad support ke Bandung, buat2 lupa dia ada hutang dengan Nad lebih 2K utk support dia ke Bandung. Nad minta balik utk tujuan servis motor dan insurans motor, benda jadi satu pergaduhan besar sampai semua caci maki dia keluarkan. Aku yg hutang ke kau yg hutang? Haha! Last2 dia bayar juga balik RM900 saja sbb konon Nad pun ada hutang dia. Tak apalah. Point Nad is HILANG KAWAN YG KONON SENTIASA ADA BILA MEMERLUKAN. Nasihat Nad berhati2lah dalam memilih kawan. Orang itu smart, beruniform, sembahyang 5 waktu, setitik alkohol pun dia tak mau, mengucap bila terduga, belum tentu mulut dia baik, bila dia hilang sabar. Bagus lagi orang yg nakal2, sosial sana sini, bertattoo bagai, tapi kadang itu yg baik dengan kita. Pengalaman mengajar.

•Panggilan telefon dari bank. Segala pemungut hutang dari segala pelosok. Bank Rakyat dan CIMB. So Nad hanya mampu bayar minimum payment saja. Balik2 call sampai ke tempat kerja. Malu jangan cakaplah dengan kawan2 sekerja.

•Terima call dari Putrajaya akan bekukan akaun gaji kalau tak bayar tertunggak kredit kad Bank Rakyat. Masa itu panik jangan cakaplah. Koreklah apa yg ada untuk tutup kes saman tu. Habis semua simpanan tambah dengan ada kawan yg sudi tolong Nad. Nad takkan lupa bantuan anda.

•Personal loan yang auto deduct dari saving account bukanlah sesuatu yg baik sebenarnya. Itu pendapat Nad sebab slip gaji bersih tapi rekod dah buruk di bank. Dalam HRMIS Nad masih bersih. Bila2 masa akan dapat surat bayar cukai. Bertabahlah wahai hati.

•Simpanan. Simpanan apalagi kalau semua dah guna. Pernah tak rasa duit gaji kau tinggal berapa ratus sahaja? Begitulah Nad. Susah hati. Bank pula call nonstop. Last2 tukar number sebab tak tahan.

•Seminggu Nad tak makan. Susah hati. Mak pun risau tengok Nad. Nad bincang dengan kakak macam mana nak atasi semua benda ni. Belanja diri sendiri memang tak cukup apalagi nak support family.

•Cuba buat bisnes MLM. Mengarutlah. Semua pun mengarut. Kerugian.

•Akhirnya, Nad buat satu keputusan paling drastik dan besar. Bukan bunuh diri! Nad jumpa pakar psikologi dan psikiatri. Uisshh macam orang mental. HAHA!

•Nad mula search cara atasi masalah hutang. Jumpa personal blogger and banyak lagi. Jumpa satu term AKPK. Uisshh apa tu? Mula isi online dan set appointment. Mula buat kajian apa syarat2 AKPK. Dan sebagainya. Akhirnya Nad serah diri pada 14.09.2017.

•CCRIS mengatakan Nad bukan dalam pemerhatian khas. Masih terkawal dan masih ada ruang positif yang banyak. Kira bernasib baik Nad jumpa AKPK supaya malam boleh tidur lena. Handphone pun takda dah bunyi2 bank call setakat ini.

•Nasihat kaunselor AKPK Nad : Masih muda masih banyak keinginan. Mujur kamu cepat dapatkan bantuan sebelum kamu diisytiharkan muflis, selepas ini kena bijak aturkan perbelanjaan. Utamakan simpanan sebelum keinginan. Masa muda inilah kamu banyak tenaga untuk tingkatkan pendapatan bulanan. Jangan harap gaji. Jangan cepat percaya skim cepat kaya, bisnes MLM yg akhirnya makan diri. Buatlah sesuatu yg kamu suka, yg boleh kurangkan stress and earn from it. Biar sikit, lama2 jadi bukit.

•Malu? Dah jadi dah pun. Nak kata padan muka, silakan. Nad rela. Nad share benda ni supaya jadi pengajaran buat anda diluar sana.

•Walau teruk macam mana pun bisnes Mykad pertama yg Nad join buat Nad, Nad ikhlaskan hati bayar loan ribu2 kat bank gara2 itu. Kesilapan diri. Ada hikmah disebalik kejadian. Tinggal 7 tahun lagi sebelum ianya habis. Banyakkan berdoa dan bersabar. Dan hasilnya Nad dapat beli sebuah motorsikal Yamaha R25 cash in hand. Dan settlekan bayar motor kecik Nad. Bagi2 kat adik beradik dan kedua org tua.

•Usai AKPK, dari bayar ratus2 ribu2 bulan2 utk kredit kad, Nad cuma komit RM150 setiap bulan utk selesaikan hutang kredit kad. Personal loan Nad tak minta AKPK payung sbb nak biarkan dia cepat habis lagipun tempoh loan tu masih baru. Komitmen dengan AKPK jadi 8 tahun lebih. Ada rezeki lebih boleh bayar double RM300 supaya cepat selesai dalam masa 4 5 tahun saja.

Kisah hutang Nad bukanlah kerana keluarga yg galakkan. Tapi sebab keinginan Nad sendiri. Tamak dan haloba. Padan mukalah kan. HAHA! Pengajaran yg sebaik2nya sudah ni. Semoga jadi manfaat pada yg lain.

Sekarang? Nad buat apa yg Nad suka. Yang Nad ikhlaskan diri untuk komit. Nad buat kek. Sentiasa usaha majukan diri. Untung taklah banyak mana tapi berbaloi untuk diri. Nak nangis pun ada bila cerita soal impian ni. 3 tahun pertama kerja dah teruk. Semoga selepas ini Nad akan belajar dari kesilapan dan semakin bijak mengatur perbelanjaan.

Itulah kisah Nad. Hutang menjerat. Segeralah dapatkan bantuan. Masih belum terlambat. TERIMA KASIH AKPK!

Rujukan Natalia Aivy Dibit

KATA MAK : BELAJAR DARI KESILAPAN. PERCAYA REZEKI TUHAN. USAHA DALAM DOA. KAU AKAN BERJAYA. BUKAN RIBU RATUS RINGGIT YG MAK NAK TAPI KAU SELALU BAHAGIA, SENANG MAKAN DAN TIDUR, ITU IMPIAN MAK. CUKUPLAH KAU SENGSARA DARI KECIL, SAKIT, SEDIH, SEKARANG MASANYA KAU UTK BAHAGIA. BAGI PELUANG DENGAN DIRI SENDIRI.
(sambil dia cium dahi Nad, cium kedua pipi Nad)

Comments

comments