manusia pertama yang menjejaki bulan mungkin ialah Neil Armstrong namun siapa pula orang terakhir yang pernah berada di bulan?

Pada 14 disember 1972, 5.34 pagi, sebagai sebahagian daripada misi Apollo 17, orang terakhir yang meninggalkan jejak di bulan telah meninggalkan bulan.

Insan yang dimaksudkan ialah Eugene Andrew Cernan.

Eugene juga mempunyai kata-katanya yang tersendiri iaitu, ‘as we leave the moon at Taurus-Littrow, we leave it as we came and god willing, we shall return with peace and hope for all manking’.

Terdapat 12 orang kesemuanya manusia yang pernah berada di bulan sepertimana senarai berikut:

  1. Neil Armstrong – 1969
  2. Edwin Aldrin – 1969
  3. Charles Conrad – 1969
  4. Alan Bean – 1969
  5. Alan Shepard – 1971
  6. Edgar Mitchell – 1971
  7. David Scott – 1971
  8. James Irwin – 1971
  9. John Young – 1972
  10. Charles Duke – 1972
  11. Harrison Schmitt – 1972
  12. Eugene Cernan – 1972

Comments

comments