Sebak baca kisah seekor kucing dari Russia ini yang dikatakan sudah menunggu kehadiran tuannya selama 1 tahun. Beberapa foto mula viral di media sosial dan ramai netizen emosi dengan tindakan tuannya yang tidak bertanggungjawab itu.
Menurut sumber, pemilik kucing ini pernah tinggal dikawasan berkenaan sebelum berpindah ke tempat lain, hari pemilik kucing ini berpindah, penduduk tempatan ternampak kucing tersebut berlari mengejar kereta tuannya. Sangat mengharukan, sehingga kini kucing itu setia menanti kepulangan tuannya ditempat yang sama setiap hari.
Kehadiran kucing ini mula dirakam sejak tahun 2015 dan penduduk sekeliling sentiasa memberi kucing itu makan setiap hari. Kisah sedih ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Ostap Zadunayskiy dan beliau sendiri mengenali tuan kepada kucing malang tersebut.
Sumber : erafm

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*