Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?

1. Kurang keyakinan diri

Maksudnya kat sini bukan laaa korang yang menackle tu yang kurang keyakinan diri..tapi si gadis tu sendiri..kurang keyakinan diri selalunya dari segi rupa dan penampilan..mungkin si gugurl tu ingat korang saja nak mengejek or nak permainkan dia..

2. Ayat berlebihan

Haa nak ngorat pon kena dengan cara yang betul..perempuan paling anti dengan lelaki yang suka mengayat berlebihan time baru mula-mula nak masuk line..ini adalah antara contoh-contoh ayat berlebihan yang buat perempuan rasa..”ermm..scary laa mamat ni”..
Ayat 1 : “Hai awak..awak comel sangat..tak pernah jumpa perempuan secomel awak..awak buat saya termimpi-mimpi..nak wassap awak please3..saya single dan saya teringin sangat nak kapel ngan awak.. tolong sangat jangan hampakan permintaan saya ..”.
Ayat 2 : “Asalammualaikum nama sy ***** ingin berkenalan bersama saudari disana ada nombor pon tak?…just sy ingin berkawan dulu aje dan sy skrg tgh berbujang..plssss..help me cik saudari “..

3. Pengalaman lepas

Salah satu lagi sebab kenapa perempuan tak layan lelaki… pengalaman bercinta sebelum ni dia pernah dikecewakan..bila dah kecewa so buat dia trauma nak terima lelaki dan takut kejadian yang sama berulang lagi..lg2 yg selalu add sbb noty2…lg wat girl2 ni trauma

4. Tak cukup syarat

memilih!..satu lagi sebab korang tak kena layan…. korang tak menepati kriteria-kriteria jejaka idaman si gadis tu..contohnya..korang terlalu handsome. si dia tu pula lebih suka lelaki yang sederhana dari segi penampilan dan paras rupa..bukan apa wahai cik abang sekalian..korang tu bila dah hansome, ramai laa awek-awek cun kat luar sana yang duk kejar korang kan..bila kapel ngan orang camni tiap hari laa makan hati cemburu buta..

5. Setia

Of course laa sebab dia dah berpunya dan setia kepada pasangannya..maybe thats why dia tak pandang korang..arasso??
So gais janganlah cepat sangat buat conclusion sendiri ya. Tapi memang tak dinafikan ‘spesis’ sombong tu memang wujud, tetapi bukanlah semua.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*