Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawak perut, bawak anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk. Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.
Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana. Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu. Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti kat atas?
Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagianttooottt, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin. Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bila Allah nak uji dan duga pasangan suami isteri, ada yang bermain kayu tiga dalam tempoh berpantang si isteri, ada yang suka-suka cari masalah sendiri dan banyak kemungkinan perkara tak elok berlaku.
– sakit kene cucuk epidural
– sakit kene seluk dengan doktor 4/5 kali untuk rasa bukaan rahim
– sakit waktu contraction
– sakit waktu baby keluar kepala dari rahim
– sakit kene gunting / koyak di bahagian rahim
– sakit kene jahit di rahim
– sakit berjalan lepas di jahit
– sakit dan takut waktu nak buang air
– sakit waktu duduk, punggung mengembang waktu bersalin
– sakit pabila susu badan tak keluar, bengkak susu
– sakit bila puting susu masih keras, anak hisap pun boleh menangis
– dan banyak lagi sakit yang lain yang tak dapat dimention di sini.
Lagi sakit hati bila makcik-makcik mulut manis asyik cakap “ala kau ni, sakit sikit je pun tak tahan”. Jadi bertabahlah, pahala besar untuk semua ibu-ibu

Comments

comments

Total
12
Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*