Malas Lipat Baju Lepas Cuci? Anda Mungkin Memerlukan Mesin Foldimate Ini

Foldimate merupakan sebuah mesin robotik yang boleh melipat baju secara automatik selepas ia selesai dibasuh.
Selain dari melipat baju, mesin ini juga turut menyediakan penggunaan stim bagi menghilangkan kedutan pada baju.
Proses yang diambil ketika menggunakan Foldimate diaktakan mengambil masa sedikit kerana pengguna perlu menggantung baju pada Foldimate secara manual. Hanya 12 helai baju yang boleh digantung dan ia mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk melipat sehelai baju.
Buat masa ini, pakaian yang boleh dimasukkan terhad kepada beberapa jenis pakaian sahaja.
Difahamkan, mesin ini akan berada di pasaran dalam beberapa tahun lagi dan harganya dijangka dalam sekitar $850 (lebih kurang RM3,500).

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh