Kami yakin setiap wanita mempunyai definisi ‘macho’ mereka yang tersendiri apabila melihat lelaki. Apa yang macho di mata Aminah tak semertinya macho di mata Rogayah, begitu jugalah sebaliknya.

Jadi hari ini kami berbesar hati untuk share 11 kelakuan spontan lelaki yang nampak macho di mata wanita. 11 kelakuan spontan ini hasil survey kami terhadap 50 wanita yang suka memerhati lelaki, seram bukan?

1. Layan karenah kanak-kanak dengan sabar

Setiap wanita pastinya mengimpikan bakal suami yang mampu menjaga dan melayan karenah anak-anaknya dengan baik suatu hari nanti.

2. Layan ibunya ibarat permaisuri

Kalau ibunya dilayan dengan begitu baik sekali bak seorang permaisuri, tak mustahil layanan yang sama bakal diterima oleh wanita tersebut.

3. Imamkan solat

“Sejuk je hati bila tengok si dia imamkan solat, rasa nak kahwin sekarang je”. Nampak macho bukan?

4. Lipat lengan baju sambil tersenyum

Ada segelintir wanita yang turn on bila melihat lelaki melipat lengan baju sambil tersenyum kepadanya. Betul tak? Malah kelakuan lain seperti membetulkan tali leher, mengikat tali kasut pun boleh jadi macho.

5. Kongsi payung ketika hujan

Scene seperti ini mungkin banyak di dalam drama Korea tetapi hasil survey kami ternyata lelaki yang macho ialah ialah lelaki yang share dan payungkan wanita ketika hujan.

6. Bila lelaki masak

Sebenarnya tak ramai lelaki yang berkebolehan untuk memasak, tapi beruntunglah jika boyfriend atau suami korang pandai masak dengan begitu sedap sekali.

7. Menolak pelawaan rokok oleh kawan-kawan

Sesetengah wanita mungkin beranggapan lelaki yang merokok nampak macho tapi percayalah yang lagi macho bila lelaki tersebut pelawaan rokok oleh rakan-rakan lain.

8. Hulur wang kepada peminta sedekah

Pernah tak masa korang makan lepas tu ada kanak-kanak atau OKU buta yang minta sedekah? Si lelaki dengan baik hati menghulurkan sedikit sumbangan buat peminta sedekah tersebut. Macho plus pemurah!

9. Tak bagi perempuan drive kereta

Tak bagi wanita drive kereta ketika keluar bersama atas alasan keselamatan, bimbang kalau apa-apa terjadi.

10. Sanggup bagi kekasih hati habiskan makanan walaupun dia lapar

Disebabkan sayang, berlapar pun tak apa asalkan orang yang tersayang kenyang. Esok lusa boleh makan lagi, sungguh macho.

11. Bila lelaki minta izin ibu bapa wanita untuk ajak keluar

Jarang ada lelaki yang berani untuk berjumpa dengan ibu bapa kekasih hatinya terlebih dahulu bagi memohon kebenaran untuk keluar bersama.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*