Bagi mereka yang tingggal di apartment, kereta sudah semestinya diletakkan di tempat yang terbuka, dan bagi mereka yang mempunyai ruangan khas parkir di rumah, kereta akan diletakkan di garaj.
Namun begitu, tidak kira di mana sahaja anda meletakkan kereta, ada sahaja serangga kecil yang dapat menyelinap masuk ke dalam kereta anda, tidak kiralah anda sudah menutup rapat tingkap kereta anda.
Lipas adalah salah satu serangga yang paling ditakuti kebanyakan orang, dan apabila ianya mula merayap di kaki, sudah pasti anda akan berasa tidak keruan. Bukan itu sahaja, lipas juga memberikan bau yang tidak menyenangkan, jika mereka berada dalam kereta anda.
Cik Zati menerusi facebook, kongsikan petua yang boleh digunakan dalam memerangkap lipas di dalam kereta anda. Nampak amat mudah sahaja petua ini, mana tidaknya, bahan yang digunakan boleh didapati dari dapur rumah sahaja:

LIPAS DALAM KERETA

Saja nak share, ini hasil tangkapan malam tadi dalam kereta abah Mia.
Kalau ada yang nak try petua ni pon boleh.
– Minyak masak terpakai
– Majerin
– Susu pekat manis
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas di dalam satu bekas.
Letak semalaman dalam kereta, esok pagi boleh tuai hasilnya

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*