Baby walker merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantuk bayi kecil untuk belajar berjalan. Tiada siapa tahu siapakah yang mereka alat ini dan rekod paling awal kewujudannya ialah pada tahun 1440 apabila ianya muncul di dalam lukisan Hours of Catherine of Cleves. Sejak dari itu pelbagai rekaan wujud. Ada yang diperbuat daripada bahan seperti bakul dan ada juga diperbuat daripada kayu. Kesemuanya nampak tidak selesa digunakan. Tahukah anda di Kanada Baby Walker diharamkan penjualannya sejak 2004? Ini adalah kerana terdapat banyak kes bayi cedera ketika menggunakannya. Jadi baby walker diharamkan di Kanada secara rasminya sejak April 2004.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*