HAK PENUMPANG JIKA FLIGHT DELAY

Korang mesti pernah rasa jika flight delay kan? Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan.

Untuk makluman korang, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah:

1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih.

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih.

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

4. Jika penerbangan dibatalkan.

Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

Sumber : First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016 , Cuti-cuti Malaysia

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*