Artikel ini adalah hasil perkongsian tuan Zulhilmi Daud
 
Sudah 17 hari tahun 2016 meninggalkan kita. Tahun 2017, cabaran baru dalam dunia bisnes mendatang. Ada yang kata 2017 adalah tahun paling perit. Mungkin benar, atau mungkin hanyalah retorik.
 
Beberapa jenama terkenal dunia masih mencatatkan keuntungan yang tinggi dan terus berinovasi. Biasanya yang tersungkur adalah jenama-jenama kecil yang tidak tahan dengan sepak terajang dunia bisnes.
 
FORBES mengeluarkan senarai jenama-jenama yang paling berharga di dunia tahun 2016.
 
Jenama paling berharga untuk tahun 2016 adalah Apple. Mengekalkan reputasinya sebagai jenama terunggul dengan kadar keuntungan $154.1 bilion. Percaya atau tidak, ini adalah tahun keenam berturut-turut Apple kekal di tangga pertama sejak FORBES mengeluarkan ranking pada tahun 2010.
 
Apple berjaya menjana $53 bilion keuntungan mereka selepas memperkenalkan iPhone 7. Ternyata, plan mereka yang hanya menjual barangan pada harga premium masih relevan.
 
Jauh di tempat kedua ialah Google. Keuntungan mereka meningkat sebanyak 26% kepada $82.5 bilion. Banyak tu peningkatannya. Apple sendiri pun hanya catat 6%. Masa tahun 2015, Google di tempat ketiga. Peningkatan ini kemungkinan selepas beberapa inovasi yang mereka buatkan tahun lepas. Antara yang terbesar adalah pengenalan Alphabet.
 
Jadi Google bolehlah tumpu untuk jana keuntungan kepada beberapa projek penting yang dah dirangka seperti kereta pandu sendiri Google, Google Fiber, Calico and Nest. Projek-projek ini dah menjerut kewangan Google. Bayangkan, mereka sudah kerugian hampir $3.6 bilion untuk RnD sahaja.
 
Tempat ketiga adalah Microsoft dengan keuntungan sekitar $75.2 bilion tahun 2016. Mereka di tangga kedua pada 2015. Namun terpaksalah mengalah kepada Google.
 
Keempat adalah Coca-Cola dengan $58.5 bilion. Kalau diperhatikan, tak banyak inovasi terbaru yang Coca-Cola buat. Mereka lebih cuma mengekalkan jenama mereka sebagai minuman kola terbaik di dunia. Tahun 2018 dijangkakan Coca-Cola akan dapat lonjakkan keuntungan mereka hasil penajaan World Cup 2018 di Rusia.
 
Facebook di tempat kelima sebagai jenama paling berharga di dunia. Team pemasaran Facebook adalah antara yang paling aktif dan berinovasi selain Google. Setiap masa kita dapat merasakan perubahan algoritma ketika menggunakan Facebook. Pada tahun lepas juga mereka memperkenalkan emoji reaksi di post-post. Juga sistem pembayaran terus melalui messenger.
 
Entah apa lagi yang bakal mereka perkenalkan kepada pengguna. Yang pasti, peniaga-peniaga akan terus mempercayai Facebook sebagai antara medium pemasaran yang paling efektif.
 
Jika kita perhati senarai jenama paling berharga tahun 2016, inovasi adalah kunci paling utama. Gah macam mana pun satu-satu jenama itu, kalau tidak berubah mengikut peredaran semasa, mesti akan jatuh.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*