Seronoknya bila dapat gomol kucing kesayangan selepas pulang dari tempat kerja. Terasa hilang segala penat dan stres selepas seharian menghadap komputer. Kami senaraikan fakta menarik tentang kucing yang anda perlu tahu

  • Secara puratanya, dalam satu-satu kelahiran kucing melahirkan 1-8 ekor anak. Setahun kucing mampu bunting sebanyak 2-3 kali.
  • Sepanjang hidup seekor kucing betina, ia mampu melahirkan lebih dari 100 ekor anak.
  • Pada 1952, seekor kucing bernama Dusty dari Texas direkodkan mempunyai lebih dari 420 ekor anak dengan kelahiran paling akhir ketika ia berumur 18 tahun.
  • Jumlah kelahiran paling banyak pada seperanakan (litter) ialah oleh seekor kucing Parsi bernama Bluebell di Afrika Selatan. Bluebell melahirkan 14 ekor kucing dalam hanya satu kelahiran dan semua anak-anaknya hidup.

  • Kucing memiliki 290 tulang di badannya dan otot sebanyak 517.
  • Sir Isaac Newton, pengasas Prinsip Graviti juga adalah pencipta cat door. Biasa kita nampak dalam siri-siri TV dari Barat.
  • Purata umur kucing indoor ialah 15 tahun. Sementara kucing outdoor hanya 3-5 tahun sahaja.
  • Kucing berperangai paling pelik pernah direkodkan ialah seekor kucing betina bernama Mincho. Ia memanjat sebatang pokok di Argentina dan tidak pernah turun ke tanah sehingga ia mati 6 tahun kemudiannya. Dalam tempoh itu, Mincho mampu beranak sebanyak 3 kali.

  • Suhu normal bagi badan kucing ialah 101.5 degree. Ini bermakna suhu badan kucing lebih panas dari suhu badan manusia.
  • Kucing yang gemar bersosial akan mengikut anda dari satu bilik ke satu bilik untuk memerhati aktiviti tuannya.
  • Semakin banyak anda bercakap dengan kucing anda, semakin banyak juga kucing anda akan ‘bercakap’ dengan anda. Rajin-rajinlah berborak dengan si comel.
  • Warna mata anak kucing akan beransur-ansur bertukar seiring pembesarannya.
  • Setelah dilahirkan, anak kucing tidak mampu mendengar dan melihat. Kucing dapat membuka matanya seawal hari ke-5. Kebolehan untuk melihat dan mendengar berkembang seawal usia 2 minggu. Ia mula berjalan-jalan sekitar berusia 20 hari.

Comments

comments

Total
50
Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*