in

BNM Kongsi Cara Melaporkan Jika Memperoleh Wang Kertas Palsu

10901944434_fcc60f4aba_b

Apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah-langkah seperti yang terdapat dalam imej yang dilampirkan.

Sekiranya anda mengesyaki wang kertas yang diterima daripada institusi kewangan, termasuk ATM, adalah palsu, sila hubungi institusi kewangan tersebut atau Bank Negara Malaysia. Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana maklumat khusus yang dimaklumkan kepada kami.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

ABMConnect di talian 1-300-88-9980; atau BNMTELELINK Bank Negara Malaysia di talian 1-300-88-5465

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu

Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai. Sekiranya anda mengesyaki ketulenan wang kertas semasa melakukan transaksi, ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Pegang wang kertas yang disyaki palsu seminimum yang boleh.
  2. Jangan tulis pada, rosakkan, koyak atau ubah suai wang kertas yang disyaki palsu.
  3. Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu.
  4. Masukkan wang kertas yang disyaki palsu ke dalam sampul surat atau plastik bertutup dan gamkan sampul surat atau plastik tersebut.
  5. Catat semua butiran pada kertas yang berasingan mengenai bagaimana anda menerima wang kertas yang disyaki palsu itu.
  6. Buat laporan polis secepat mungkin.

img_2328.jpg

Perempuan Lebih Suka Lelaki Berjambang Menurut Kajian

7437

Jangan Sampai Isteri Dan Anak Jadi Fedup Dengan Kau