in

Cara Duduk Yang Salah Punca Tulang Belakang Wanita Ini Berubah

img_2533.jpg

Asalnya Subuh tadi, dalam toilet saya tunduk ambil ubat gigi terjatuh kat lantai, tiba- tiba rasa pinggang sakit sangat. Tak boleh nak bangun semula dari ambil ubat gigi tu. Rasa seperti terputus urat pinggang. Rasa macam nak tercabut pinggang. Tak tahu nk describe bagaimana. Keluar dari toilet raba dinding dan pergi kat katil, baring.

Masa nak baring kat katil tu alahai sakitnya. Nak beralih pun sakit. Bergerak sikit pun sakit.
Eh kenapa pula ni? Tak pernah jadi lagi situasi begini.

Selalu lenguh dan sakit belakang tu biasa saja. Saya boleh tahan sakit. Harini saya tak tahan. Jalan pun jengket-jengket. Tunduk tak boleh. Duduk sakit, bangun sakit. Semua aktiviti perlu buat perlahan- lahan. Macam orang tua-tua pula.

Masa tu saya terbayang bagaimana nih nak buat kerja ni?
Allah, takutnya!! Bagaimana jika tak sembuh-sembuh ni. Jadi tidak normal kah saya ni. OKU kah? Aduh saya taknak disable ya Allah.Cuak rasa. Terus saya tanya beberapa orang kenalan. Mereka minta ke hospital saja. Buat xray. mungkin slipped disc.

Saya sempat google apa itu ‘slip disc’ dan simptom2. Salah satunya adalah merasa sakit dan kebas di bahagian kaki dan ke bawah. Saya tak rasa pula macam tu. Bukan slip disc kot. Bukan. Bukan. Ini tersilap urat saja kot. Hati saya kuat menyatakan ia sakit biasa-biasa saja tu.

Jam 2.30 ptg saya baru selesai xray dan jumpa doktor Farid. Panjang betul penerangan Dr Farid mungkin sebab saya dah siap-siap study bab ini sebelum berjumpa doktor.

Jadi beliau mudah untuk beri penerangan terhadap soalan-soalan saya. Dia google saja perbandingan spine saya yang xray tu dengan gambar normal spine.
“Alhamdulillah tiada masalah slip disc, tiada keretakan spine. tapi…
saya nak cerita sikit ni,” kata Dr

Aduh, ini yang saspen ni.

Doktor suruh saya bezakan antara gambar xray spine saya dengan gambar normal spine. Nampak gambar xray spine saya sedikit lurus. Bila lihat normal spine ada bengkok kan? Saya punya lurus sedikit (kurang bengkok). Itulah puncanya.

Dr Farid mula lah menyiasat latarbelakang dan aktiviti saya. Apa yang telah saya buat sehingga tulang belakang ini menjadi abnormal. lurus sedikit begitu? ini bukan sekejap. Ini makan masa bertahun-tahun nak dapat tulang belakang berubah jadi sedikit lurus macam ni. Walaupun ia nampak sedikit saja berubah tapi sakit tauuuu.

“mesti puan pernah buat kerja duduk secara bongkok ni lama dah kan? bertahun- tahun.5-6 tahun ni. Ini kes tekun buat kerja sampai dapat posture macam ni. Designer ke?”

Saya diam sebab dok fikir apa kerja saya 4-5 tahun sudah. Lupa… aku ni kerja apa sebelum ni.

“Puan mesti selalu sakit belakang. Tapi puan tahan je. Tak kisah pun sakit belakang tu. Tetap buat kerja macam biasa. Betul tak?”

Uih… Dr ni main teka teki teka tekuk pula.

Oo.. baru saya teringat. sejak tahun 2009 saya kerja sebagai cake designer. Saya memang tekun buat figurine duduk terlalu lama terbongkok statik saja dan deco cake terbongkok2 berjam-jam lamanya.

“Haa… tu la punca. Sampai posture spine berubah. Harini. haaa harini kemuncaknya puan rasa sakit yakmat tu. Selama ni sign2 dia adalah sakit belakang tu la”.

“Allah, yaka Dr. Ada harapan boleh bengkokkan balik tak tulang belakang saya ni?” Saya taktahu nak tanya apa, Saya hanya mampu tanya ada harapan nak sembuh atau tak aje. Itu saja soalan dalam kepala saya.

“Boleh sembuh. Tapi ambil masa laa. Sepertimana bertahun-tahun tulang belakang tu kita buat dia sampai jadi macam gitu. Perlu fisio ni puan.” Dr Farid menerangkan satu persatu apa yang perlu saya buat. Nombor 1 buat apa, kedua buat apa, ketiga dan seterusnya…

Buat kawan-kawan bakers. Jaga postur duduk anda. Rupanya cara kita buat kerja pun mempengaruhi tulang belakang kita. Duduklah dengan betul. Apatah lagi kerja-kerja yang memerlukan support belakang dan muscle seperti uli fondant dan ketelitian figurine, bunga, dan sebagainya. Perlu streching selalu bila sudah lama duduk. Boleh google cara duduk yang betul dan kerusi yang sesuai. Ini dah berlaku kat saya. Kesian saya tau tak. Tua-tua ni ha baru rasa. Mujur belum la tua sangat lagi. Kata Dr Farid, ini sedikit saja, masih boleh betulkan dan ada harapan lagi untuk sembuh. Perlu selalu fisio. Insyallah cepat baik. Positif. Positif.

Baru saya teringat. Waktu pregnant kan Talhah, sakit betul belakang saya. Tapi saya tahankan aje. Saya ingat itu sakit normal.
Masa Metafiit (bodyweight training workout) saya paksa buat juga walaupun ada la juga rasa sengal-sengal kat belakang. Mujur tak patah spine nooo. hehe. Gurau ja.

Dalam sakit belakang tu saya boleh press up (pumping), plank, lunges, squat, back to back semua completed set saya buat. Cardio based workout semua saya sapu. Ferfect tau. Coach yang kata. Hehe. Itu belum masuk bab zumba. hehe

Tapi harini. Saya perlu rehat sekejap dari sebarang aktiviti kecergasan dan tumpu pada fisio dalam tempoh 2-3 bulan ini. Selepas itu boleh teruskan aktiviti seperti biasa sekiranya sudah tidak merasa sakit lagi. Aduh sedihnya rasa. Terpaksa tinggalkan sekejap aktiviti yang diminati.

Nikmat sihat sebelum sakit. Saya rasai harini….betapanya…
—————–

nota: gambar tulang belakang normal. Gambar xray tulang saya terlupa nak snap sbb sekarang hasil xray guna CD.

Kredit : Najah Farahin

img_2526.jpg

‘Hutang Kita Banyak Pada Anak-Anak’

img_2545-1.jpg

Adakah Kim Jong-un Akan Serang Malaysia Untuk Membalas Dendam?