in

Kami Tak Mampu Belikan Rumah Untuk Abah, Tapi Takkan Kami Tak Mampu Nak Cantikkan Kubur Bila Abah Dah Tiada

img_1715-1.jpg

Dear Abah,

Pertamanya sorry bah, emen dah terpengaruh ngan trend bebudak zaman skrang yg segala mak nenek nak update kat wall fb, tp bah, kalau x update kat fb x kan nak lukis kat dinding rumah plak kan…

Keduanya, masa abah hidup, kitaorg jarang gile nak tgk abah kat bote, tambah2 budak 2 eko ni, cukup liat nak tgk abah, tp alhamdulillah bah, nak ajak bersih kubur, buat kubur, sekali ajak jer terus on,

Ketiganya, kitaorg mmg x mampu nak belikan rumah kat abah mase abah masih hidup, so kitaorg decide, x kan la abah dah meninggal pun kitaorg x mampu nak melawakan kubur abah, so kitaorg decide tuk bubuh rumput karpet sbb org alim ade ckp bah, setiap helai daun tu akan berzikir utk simati… X tahu la bah hadis sohih ke dhaif ke maudu… Tp kalau sohih bah, ni dah macam “life hack” sbb kitaorg choose rumput karpet, berapa banyak daun tu kan bah… Lagipun hispter sket bah design ni sbb jarang org melayu buat… Lagipun kan bah ade khilaf ttg binaan atas kubur… So kami decide jauhi khilaf tu dan biarkan kubur abah jadi paling hijau kat kawasan perkuburan tu…

Keempatnya… Saje emen pilih rumput karpet dan pokok hidup bah, sbb ewan dan pejey kena dtg tuk trim pokok2 tu dan tabur baja everymonth diorang turun dr cameron, so nak x nak diorang kena lawat abah gak kan… Hehe bijak x bah…

Kelimanya, sengaja update kat wall ni bah, sebab kami doakan abah now kat heaven, so abah leh mintak hanphone tuk baca & like post ni bah… dah x der org call kitaorang every 5 minit tuk tanya pasal cuaca hujan ke tak… Dah makan ke belum…. Hmm Emen dah jadi abah pd Humaira baru tau perasaan rindu kat anak tu mcm mana… Hmmm…. Ok bah.. Ni je kitaorg mampu lakukan selain doa dan sedekah fatihah kat abah…

Yang masih hidup, ade mak abah tu… Kalau emak abah call, msg tu maknanya diorang rindu, so amik jela cuti… Duit banyak2 pun bukan leh tabur atas kubur mak abah tu nanti… *pesanan tuk diri sendiri…

Sumber Faizul Ezmin

Written by Robot Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17027851954_450435f542_b

Jangan ambil mudah, Baru Berumur Enam Belas Tahun Sudah Berhadapan Masalah Diumpan Pemangsa Seksual

sony-playstation-4-pro-0010-1500×1000

Kemaskini Terbaru PS4 Bakal Menyokong External HDD Sehingga 8TB