Ahli astronomi telah menemui sistem bintang dengan planet yang boleh didiami dengan jarak 39 tahun cahaya.

Tujuh planet seperti Bumi telah ditemui di orbit berdekatan dengan bintang kerdil ‘Trappist-1’, dan semuanya mempunyai air pada permukaannya, salah satu komponen utama dalam kehidupan.


Tiga daripada tujuh planet tersebut berada dalam keadaan yang baik, yang mana para saintis mengatakan kehidupan telah berkembang di sana.

Sebelum ini, tiada sistem bintang yang ditemui planet seperti Bumi. Planet ini dikatakan terdiri daripada komposisi batu seperti Bumi, dengan saiz yang sama seperti planet kita, dan enam daripada tujuh planet tersebut mempunyai suhu antara 0-100°C (32-212°F).

Ini yang memberikan planet-planet tersebut beberapa keadaan atmosfera penting yang diperlukan untuk kehidupan biologi.

Para pengkaji mencadangkan bahawa tiga daripada tujuh planet tersebut, ditemui dalam sistem ‘zon yang boleh didiami’, yang mempunyai lautan air dengan kehidupan yang boleh berkembang di sekelilingnya.

Setiap planet dilabel dengan 1b-1h, yang ditemukan melalui teleskop menggunakan kaedah ‘peralihan’.

Comments

comments

1 comment

  1. Memang penemuan yg sngat hebat!!!kalau lah la ni zman teknologi serba canggih mesti manusia boleh pindah dan tinggal di planet baru tapi mustahil lah..kena tunggu smpai beruban pon belum tentu dpat pergi…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*