PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. – Foto AP WASHINGTON: Kerajaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akhirnya mematuhi perintah Hakim Persekutuan menghentikan larangan perjalanan walaupun Trump mengecam hakim. 

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengumumkan penggantungan semua tindakan untuk melaksanakan perintah Imigresen dan pemeriksaan standard pelancong kembali seperti sebelum larangan perjalanan itu ditandatangani.

Seorang pegawai Jabatan Negara berkata, jabatan itu sudah menarik balik pembatalan visa sementara yang dibatalkan berikutan perintah eksekutif Presiden itu minggu lalu – selagi ia tidak dicop atau ditanda ‘batal’.

Menurut jabatan itu, kira-kira 60,000 visa telah dibatalkan sejak perintah itu ditandatangani. Masih tidak jelas berapa ramai daripada kumpulan itu akan terus tidak memiliki visa kerana ia dibatalkan secara fizikal. – AGENSI

Sumber : berita harian 

Comments

comments