in

Status Halal Pepero Menurut Jakim

img_2250.jpg

STATUS HALAL PEPERO

Soalan:-

Adakah coklat Pepero memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-

Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

sumber rujukan habhalaljakim

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

img_2247-1.jpg

Berus Gigi Waktu Malam Bantu Turunkan Berat Badan

img_2258.jpg

Kerja Shift Bukan Semudah Yang Disangka