in

Terima Kasih 2 Perkataan Yang Semakin Mahal Harganya Zaman Ini

o-THANK-YOU-facebook-1600×800

Tentang Berterima kasih.

Hujung minggu yang lalu, saya menghadiri kenduri kahwin bekas rakan sekerja Amar di Seri Kembangan. Saya tak kenal empunya diri secara peribadi, cuma kenal namanya dari cerita-cerita Amar. Selesai makan-makan, kami bertemu dengan pasangan pengantin, mengucapkan tahniah dan mengambil gambar. Ini kali pertama saya bertemu dengan sahabat Amar itu. Dia mesra dan ceria. Sudah tentu kerana itu majlis perkahwinannya.

Namun ada satu perkara yang menarik buat saya rasa tersentuh dengan sahabat Amar itu ialah caranya berterima kasih. Mulutnya tak henti-henti ucap terimakasih sebab kami hadir ke majlis perkahwinannya. Berkali-kali sehingga ada kalanya kata-kata terima kasih itu jadi overlap dengan ucapan saya kepada dia dan pasangannya. Terima kasih ye sebab sudi datang, kata dia. Terima kasih ye sebab sudi undang, kata saya. Diulang kata-kata itu sehingga kami berdua hilang dari pandangan.

Ketika menuruni tangga dari ruang majlisnya, saya bisik pada Amar. Baiknya dia. I suka dia. Dalam situasi ini, dia memang perlu berterima kasih pada hadirin yang sudi datang ke majlisnya. Itu benar. Dan kita sebagai yang diundang juga membalas perkara yang sama serta mendokan perjalanan kehidupan pasangan itu akan diberkati Tuhan. Sama-sama mendapat manfaatnya. Akhirnya ucapan terima kasih itu adalah sebagai tanda mengucapkan syukur.

Saya akan mengingati rakan Amar itu sebagai seorang yang berhati baik. Betapa dia menghargai orang lain dan berusaha memperkukuhkan hubungan sesama manusia. Terima Kasih – 2 perkataan yang semakin mahal harganya di zaman ini. Sedangkan tidak akan berlakunya pergelutan lidah pun kalau kita melafazkannya. Cuma bagi sesetengah orang ia seolah beban untuk diucapkan.

Dari kanak-kanak kita diajar untuk selalu ucapkan terima kasih. Cakap apa pada pakcik tadi tu? Terima kasih. Makcik tu belikan toy untuk adik, cakap apa? Terima kasih. Ia sebati dalam kehidupan kita, apatah lagi kita memang dilingkungi dengan warisan masyarakat yang mempelajari adab dan kesopanan dari turun-temurun. Terima kasih saya fikir adalah common sense yang semua orang patut tahu menggunakannya.

Saya cuba menebak-nebak mengapa sesetengah manusia sukar untuk menuturkan terima kasih. Saya cuba melihat disekeliling saya sendiri. Ada dari mereka merasakan yang ucapan terima kasih terlalu overrated. Terlalu mudah berterimakasih sehinggakan ia sudah tidak ada value. Saya tak tahu apa definisi terima kasih kepada mereka yang mempunyai tanggapan seperti ini. Mengapa kita mahu meletakkan nilai pada sesuatu yang baik. Perkara baik tetap akan dilihat sebagai baik. Kalau ada yang melihat ia sebagai perkara yang keji atau jahat, itu semua di luar kuasa kita. Bukanlah kita yang sepatutnya meletakkan nilai keikhlasan berterima kasih itu. Tak sepatutnya ada ragu-ragu dalam menyatakan terima kasih.

Ada juga yang mempunyai personaliti reserve, cold dan konon tak tahu caranya berterima kasih. Mereka mengharapkan orang lain sedar dan hormat personaliti mereka. Jadi kata-kata terima kasih itu tak perlu. Saya melihat ia sejenis personaliti yang bukan reserve tetapi lebih kepada egoitik. Lebih tepat selfish. Hidup ini tentang dirinya semata-mata. Bukankah 2 perkataan itu tadi akan menambah nilainya sebagai seorang manusia? Tak malu merendahkan ego dan harga diri untuk kemanusian, apa yang paling penting selain itu? Mengucapkan terima kasih tidak akan sesekali membuatkan penuturnya jatuh miskin.

Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa mengucapkan terima kasih ini habit. Jika kita tak biasa lakukannya, ia akan beri kesan sepanjang hidup kita. Sekecil-kecil ucapan terimakasih memberikan kebahagian kepada seseorang. Ia nampak simple, tetapi kesannya berpanjangan. Bukan hanya pada orang lain, ia penyumbang besar pada keperibadian kita.

Kita berterima kasih kerana menghargai orang yang membantu kita. Yang menyediakan kesenangan kepada kita apabila mengadapi kesukaran. Yang memberikan jalan dan penyelesaian saat kita kebuntuan. Yang menghulurkan tangan saat kita mungkin sedang kelemasan. Ucapan terima kasih itu tidak cukup sebenarnya, tapi jika itu saja yang mungkin kita boleh beri pada saat ini, lakukanlah ia dengan rendah hati.

Ucaplah terima kasih pada pelayan yang membersihkan meja makan kita, ucaplah terima kasih pada penjual yang menimbangkan sayur dan buah-buahan di pasar, ucapkan terimakasih pada makcik cleaner yang membersihkan tandas dan surau pejabat, ucapkan terimakasih pada penjaga tol, pada pekerja bank yang menyelesaikan masalah debit-kredit kita, pada semua yang memberikan peranan yang memudahkan urusan dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi kepada insan-insan tersayang yang selalu ada buat kita menjalani kelangsungan hidup – Keluarga dan sahabat rapat. Secara langsung atau tidak.

Bukankah penjaga tol yang patut ucap terima kasih pada kita? Sebab itu pekerjaan dia. Bukankah maid patut berterima kasih pada kita, sebab kita menggaji dia? Tak perlu ada pertandingan siapa yang patut ucapkan terima kasih. Dalam diri kita terima kasih sepatutnya seperti air sungai, mengalir saja. Seperti sifatnya, kesannya akhirnya akan mendinginkan. Selalu.

Selagi kita hidup bermasyarakat, selagi

Sumber Fazleena Hishamuddin

SONY DSC

15 Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Tak Banyak Duit

02-Madagascar_cityzen

Dunia Luar Ada Yang Masih Susah. Perkongsian Ini Sungguh Membuka Mata