Jangan panic bila tayar motor pecah dikawasan yang tiada orang. Berhenti di tepi jalan dan periksa tayar anda. Kebiasaanya, tayar T100 atau yang bersaiz besar masih boleh bergerak walaupun pecah.

Cari bahan lembut seperti pakaian, surat khabar, rumput, daun, atau banner iklan yang mudah didapati ditepi jalan. Gulungkan dan masukan ke dalam tayar luar. Bahan ini digunakan sebagai alas supaya rim tidak rosak dan tayar tidak gelong.

Jika tayar belakang yang pecah, duduk dihujung depan kerusi. Bawa dengan perlahan sehingga kawasan selamat atau sehingga berjumpa kedai motorsikal.

Pastikan sentiasa periksa keadaan tayar anda. Jika tarikh pada tayar dah melebihi masa yang sepatutnya, tukar tayar baru bagi memastikan perjalanan anda selamat.


Sumber rujukan zubair suhaimi

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*