in

Apa Itu ADD?

img_3486.jpg

Ringkasan mengenai ADD

Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.


Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.

Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah.

ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.

Apakah tanda-tanda ADHD

  1. Hiperaktiviti
  2. Tempoh tumpuan yang singkat
  3. Tingkah laku impulsif

Masalah ADHD

  • Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.
  • Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Diagnosis dan rawatan ADHD

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati.

Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

img_3455.jpg

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 100kg Ke 83kg Dalam Masa 7 Bulan

rumah-teres-dua-tingkat-di-teluk-intan-untuk-dijual-aft130-1503-28-AFT130@1

Pernah Bergaji RM1,500, lelaki Ini Buktikan Dia Mampu Beli Rumah