Teknik 3: Modal RM275 Selama 4 Tahun Dapat RM21K. Sesuai Untuk Yang Bergaji Kecil Dan Masih Belajar. Untuk Bajet Kahwin, Beli Rumah, Kereta, Dan Simpanan Wang Tunai

Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan mampu simpan RM300 setiap bulan. Jika anda masih pelajar, boleh ikut juga. Gunakan slip gaji ibu bapa.

Tahun Pertama

  • ASB Financing RM50K
  • Ansuran bulanan: RM275
  • Keuntungan bank: 5.2%
  • Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
  • Tempoh pembiayaan ASB : 30 tahun

Mohon ASB Financing tahun pertama. Bayar ansuran bulanan RM275 selama setahun. Selepas setahun, katakan dividen diumumkan 6.75%. Anda akan dapat dividen ASB : RM3375.

Gunakan duit dividen ASB untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tahun pertama. RM275X12 = RM3300. Ada lagi lebihan RM75 dan bonus semasa.

Dividen : 6.75% X RM50K = RM3375
Ansuran ASBF: RM275 X 12 = RM3300
Baki dividen : RM3375 – RM3300 = RM75

Gunakan dividen tersebut untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB RM50K anda. Tu tak campur bonus lagi. Ulang langkah yang sama selama empat tahun.

Mohon pembiayaan ASB RM50K setiap tahun. Seelok-eloknya mohon ASB Financing awal bulan November tahun tersebut dan Januari anda mula bayar. Jika anda jadi Client saya, saya akan guide lebih terperinci lagi.

Tahun Kedua

Mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. Ansuran bulanan RM275. Setahun anda perlu bayar RM3300. Seperti langkah 1.

Tahun Ketiga

Anda sudah ada sijil ASB Financing RM50K + RM50K. Jadi dividen anda akan beroleh berdasarkan baki minimum RM100K. Dividen ASB : 6.75%, anda akan dapat RM6750. Gunakan dividen RM6750 untuk bayaran ansuran kedua pembiayaan ASB anda. Jadi anda tak perlu keluarkan duit sendiri. Anda boleh mohon lagi pembiayaan ASB RM50K.

Tahun Keempat

Mohon lagi pembiayaan ASB RM50K. Masa ini ada sudah ada maksimum pembiayaan ASB RM200K. Komitmen anda hanya RM275 sahaja.

Tahun Kelima

Dengan bermodalkan hanya RM275 sebulan, selama empat tahun ASB anda sudah mencapai maksimum RM200K. Lepas dapat dividen, anda terus terminate semua ASB Financing anda.

Selepas anda terminate ASB Financing tersebut, anda sudah tak ada komitmen bulanan lagi. Anda tak perlu bayar ansuran bulanan RM275 lagi. Anda pergi ke bank dan kata nak terminate. Bank akan jual sijil ASB anda dan anda akan dapat pulangan prinsipal.

Jika anda ada akaun CIMB, pulangan prinsipal anda akan dipulangkan kembali melalui akaun bank. Jika tak ada akaun CIMB, bank akan pulangkan melalui buku ASB.

Pembiayaan ASB Islamik tak ada penalti jika anda terminate awal. Pembiayaan ASB tak ada lock in period. Iaitu tempoh anda tak boleh terminate pembiayaan ASB.

Anda akan dapat;

Dividen ASB terakhir : RM13,500

Pulangan prinsipal
Tahun Pertama (48 bulan) : RM3082
Tahun Kedua: (36 bulan) : RM2251
Tahun Ketiga (24 bulan) : RM1461
Tahun Keempat (12 bulan): RM712
Jumlah pulangan prinsipal : RM7506

Jumlah kasar keseluruhan : RM13,500 + RM7506 = RM21,006

Secara ringkasnya,

Tahun Pertama : Mohon RM50K (ASBF RM50K)
Tahun Kedua: Mohon RM50K (ASBF RM100K)
Tahun Ketiga: Mohon RM50K (ASBF RM150K)
Tahun Keempat: Mohon RM50K (ASBF RM200K)
Tahun Kelima: Terminate ASB Financing RM200K (RM50K+RM50K+RM50K+RM50K)

Tahun Pertama: Buat ASB Financing RM50K. Dapat dividen buat ASB Financing RM50K dan seterusnya. Dapat dividen rolling dividen untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tersebut. Jadi komitmen anda kekal RM275.

RM50K+RM50K+RM50K+RM50K = RM200K

Macam mana jika dividen ASB turun? Baki RM75 dan bonus kan ada. Boleh gunakan. Gaji anda setiap tahun meningkatkan. Gunakan sebaiknya.

Tahun kelima anda sudah ada dana simpanan wang sebanyak RM21K. Komitmen anda hanya RM275 setiap bulan.

Dengan RM21K jika anda gunakan sebaiknya memang anda bijak. Apa anda boleh buat ialah:

1. Jika nak buat majlis kahwin, buat la secara sederhana. Ambil RM15K bakinya simpan. Ajaklah calon suami / isteri anda buat sama. Nanti dah graduasi ada tabung dana keluarga sebanyak, RM42K.

2. Jika nak beli rumah, gunakan RM21K sebagai deposit rumah. Beli rumah apartmen subsale yang murah dan sewakan. Buat perjanjian sewaan. Biar ada bukti duit masuk dalam akaun anda. Selepas 6 bulan, beli lagi satu rumah.

3. Jika nak beli kereta, beli ikut kemampuan gaji. Ansuran bulanan biarlah tidak lebih daripada 15% daripada gaji anda. Nak beli kereta terpakai tempatan yang murah secara tunai guna duit RM21K tadi? Lagi bijak!

4. Simpan RM21K dalam ASB untuk masa depan anda.

5. Tak perlu terminate semua ASB Financing anda tadi. Tambah lagi ASB Financing 2 pula dengan ansuran yang sama RM275. Jadi dengan ansuran sama anda sudah ada ASB & ASB 2 sebanyak RM400K sebagai pelan persaraan.

Apa inti pati penting daripada teknik ini?

  • Walaupun anda bergaji kecil tetapi jika anda force saving sebanyak RM275 dalam 5 tahun anda sudah ada RM21K.
  • Anda tak perlu mohon pembiayaan peribadi untuk majlis perkahwinan anda.
  • Anda sudah ada deposit untuk beli rumah.
  • Anda ada simpanan untuk beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang dengan bank selama 9 tahun.
  • Anda mampu beli rumah dan sewakan. Dapat aliran tunai positif untuk wang anda.

Pembiayaan ASB Islamik bukan macam pembiayaan peribadi. Anda tidak dapat pun duit sedebuk macam pembiayaan peribadi. Jadi, jika anda terminate pembiayaan ASB anda tak perlu bayar apa-apa hutang pun. Ia merupakan hutang baik. Anda gunakan duit bank untuk melabur dengan nilai yang lebih besar. Anda bayar pada bank sebulan RM275 dan dalam akaun ASB anda seolah-olah ada RM50K. Dividen berdasarkan nilai RM50K ini.

CIMB terbaik Takaful tak wajib dan tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Jadi anda tak wajib ambil takaful (sebab niat nak terminate) dan ansuran bulanan anda lebih rendah.

***

Penafian (SILA BACA) :
1. Perkiraan kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh 4 tahun tersebut ialah : 6.75%

***

Ansuran bulanan ASB Financing RM50K anda tinggi? Itu pentingnya konsultan yang membantu anda.

CIMB Wealth Advisor
Pembimbing Kewangan Anda
Amir Syahir

Comments

comments

Total
513
Shares

3 comments

  1. asb financing adalah scam paling cibai dari bank.tak payah la pakai benda banggang ni.korang simpan macam biasa bulan-bulan,yang untung dan gelak bila korang bayar interest/riba tiap-tiap bulan adalah staff bank yang dapat bonus 3 bulan tiap-tiap tahun

  2. Tun Dr. Mahathir mengilhamkan ASB/ASN adalah bertujuan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia dalam simpanan wang disahamkan Dan mendapat basil pelaburan.. maksudnya (simpanan & pelaburan) bukan pelaburan semata-mata sehingga terpaksa membayar faedah ke pihak ketiga pulak.. Dan faedah yg banyak Ini hanya untuk bumiputera sahaja. Adapun pelaburan lain dalam amanah saham, ASB dikatakan paling besar.. sebab tu lah ada pihak yg ‘cemburu’.. masa tu lah.. la dak dah.. sebab? Hehehehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*