Penilis Asal Hana Hadzrami

SELFISH

Kebelakangan ini kami mendapati semakin ramai pesakit yang mempunyai latar belakang seks rambang, homoseksual termasuk yang positif HIV merahsiakan maklumat mereka apabila mendapatkan rawatan di hospital.

Pesakit ini datang untuk pembedahan elektif dan kecemasan. Staf hospital yang mengendalikan urusan rawatan dan pembedahan mereka berpotensi terdedah kepada jangkitan virus mereka.

Kami bukan nak menghakimi kehidupan seks anda; apa yang anda buat disebalik pintu adalah urusan peribadi anda. Namun apabila kami menguruskan cecair tubuh anda seperti darah dan sebagainya, adalah tak patut bila anda sengaja menyorokkan maklumat dan membiarkan kami terdedah dengan jangkitan virus.

Ada seorang pesakit menjalani suatu pembedahan kepala; namun setelah lukanya lambat pulih, doktor telah menyiasat dan mendapati dia sebagai pesakit HIV dengan beban virus yang tinggi. Bila ditanya, barulah mengaku dia melakukan hubungan seks rambang.

Ada seorang lagi pesakit, datang dengan masalah bengkak dikemaluan. Sangka kami masalah angin pasang. Apabila dibedah rupanya ada nanah didalamnya. Bila ditanya barulah mengaku dia pesakit HIV yang menjalani rawatan. Sengaja tak mahu mengaku sebab takut tak dapat buat tuntutan insurans (pun tipu syarikat insurans).

Bayangkan betapa ramai staf dan pekerja hospital yang dah terdedah dengan virusnya akibat perbuatannya yang mementingkan diri sendiri?

Pesakit yang mempunyai virus berbahaya yang berpotensi berjangkit seperti hepatitis dan HIV perlulah memberitahu staf perubatan, jika mereka mendapatkan rawatan. Ini kerana pekerja hospital perlu menggunakan peralatan dan perlindungan khas sewaktu mengendalikan rawatan pesakit. Malah, sisa cecair tubuh pesakit perlu dilupuskan secara khas, bukan seperti pesakit biasa.

Terbaru, bagaikan ada trend pula; pengamal homoseksual sengaja menderma darah sebagai cara mendapatkan khidmat saringan kesihatan percuma. Mereka sengaja menyorokkan maklumat kehidupan seks lalu selamba menderma darah. Mereka hanya tertangkap apabila darah yang diderma sekian lama akhirnya menunjukkan kehadiran virus HIV dan hepatitis.

Virus HIV boleh berada lama dalam darah secara senyap (dormant) selama beberapa bulan sebelum ia dapat dikesan. Jadi pemeriksaan saringan darah HIV boleh menjadi negatif selama beberapa bulan sebelum bertukar positif apabila virus berjaya dikesan.

Mereka yang homoseksual dan yang melakukan seks rambang adalah dilarang menderma darah. Namun ada sebilangan yang tak peduli dan sengaja menyembunyikan maklumat ini supaya mereka dapat membuat pemeriksaan darah percuma.

Walaupun kebarangkalian kes ini berlaku adalah sangat rendah, namun bayangkan impaknya kepada bayi dan orang tak bersalah yang menerima transfusi darah tersebut. Tak pasal-pasal dapat HIV!

Pada saya, kehidupan peribadi anda hak anda, suka hati anda. Namun jika anda sengaja mencelakakan orang lain akibat nafsu dan pilihan peribadi anda ini; anda memang tak guna!

.
.

Hana Hadzrami
Tak suka jadi penyibuk tapi terpaksa juga

Comments

comments

1 comment

  1. Ya, betul pesakit harus jujur apabila ditanya mengenai status mereka dan situasi-situasi yang anda katakan adalah benar. Tetapi kalau alasan anda kerana anda harus mengendalikan cecair bendalir mereka, bukankah setiap kali anda harus memakai “PPE” sebelum mengendalikan mana-mana pesakit? Artikel anda sangat berat sebelah kepada pesakit HIV walhal aras infektiviti HEP B lebih tinggi berbanding HIV. Kenapa itu tidak digembar-gemburkan? Bukan itu sahaja, anda membina stereotaip terhadap golongan homoseksual (bukan bermaksud saya menyokong orientasi seksual mereka), ini kerana statistik HIV di MALAYSIA dari tahun 1986 – 2010, golongan heteroseksual lebih ramai menghidap HIV daripada golongan homoseksual berdasarkan statistik ‘Malaysian AIDS Council’. HIV atau tidak, harus diingati setiap pesakit mempunyai potensi untuk memberikan apa sahaja jangkitan kepada anda. Sekiranya pesakit tidak bercakap benar atau merahsiakan kepada anda, sila nilai diri anda. Ingat kembali apabila anda berada di sekolah perubatan dahulu macam mana anda diajar untuk membina ‘rapport’ dengan pesakit. Bukan semua adalah silap pesakit ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*