Nama saya Shaii. Nak minta pendapat tetapi janganlah kondem habis, okey. Saya seorang lelaki yang good looking, memang boleh tahan jugalah orangnya. Tetapi isteri saya ini tak cantik.

Kami dikurniakan enam orang anak setakat ini. Tetapi kesemua anak-anak kami tiada yang comel atau cantik/handsome. Bukan saya nak menghina ciptaan Allah, tetapi hati saya terdetik kenapa anak-anak sedikit pun tiada rupa? Mungkin sebab ibunya? Hmmm.

Sehingga saya cemburu melihat rakan-rakan saya yang lain memuat naik gambar-gambar anak mereka yang comel di Facebook. Rasa sangat-sangat bersalah sebab saya dah jadi tak suka pula nak muat naik gambar anak di Facebook.

Apatah lagi nak muat naik gambar isteri sendiri.

Saya cuba menerima kenyataan ini juga tetapi hati manusia ini banyak sangat nak berfikir. Jadi bagi pendapat saya, sebenarnya penting juga berkahwin dengan orang yang ada rupa ini, kan?

Mungkin sebab saya selalu dipuji orang sehingga menjadi riak sebegini. Dan semuanya mesti perfect tetapi Allah tak bagi. Dugaan apakah ini?

Paling sedih bila pergi ke majlis-majlis jemputan, ada rakan-rakan bertanya, “Anak ke, bro? Tak serupa pun?”.

Saya sudah faham dan masak dengan ayat seperti itu. Tetapi bila saya jalan dengan isteri pula, orang tak tanya sebab dah nampak muka isteri, nampak macam anak. Hmmmm!

Isteri saya ini pun satu hal. Sudah tahu diri dia tidak cantik, berabis pula dia nak mencantikkan diri sampai wajahnya dimake up seperti donut bertepung. Hakikatnya, orang cantik juga yang terbaik, kan?

Sebab tiada effort untuk kelihatan cantik, kan? Jadi, bagaimana nak atasi masalah saya ini?

Sumber KRT

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*