Penulis asal rafidah abdullah

Hampir maut gara-gara mengambil ubatan traditional tidak berdaftar

Muda lagi orangnya
Awal 30-an

Katanya tak selesa semasa ke tandas buang air kecil, gejala beliau hadapi selama 2 minggu. Daripada berjumpa Doktor bertauliah, isteri beliau memberi “kidney pills” ini. Isteri beliau bukan warganegara Malaysia, dan dikatakan membeli “rawatan” ini daripada luar negara. Puas belek mencari logo KKM…memang lah tak nampak sebab tak ada😂

Berapa dos sahaja, beliau menjadi “confuse”; seterusnya tak sedar diri dan koma. Paru-paru pulak banyak bunyi “wheeze” macam orang asthma (lelah). Ini disebabkan oleh alahan teruk yang menyebabkan corong-corong pernafasan bengkak dan sempit. Macamana nak masuk oxygen, aduhai.

Tak pasal-pasal terpaksa dimasukkan tiub membantu pernafasan & bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bukan hanya buah pinggang terjejas dan urin nya berwarna hijau, fungsi hati pun bermasaalah. Bacaan enzim hati iaitu Alanine Amino Transferase melonjak naik melibihi 600 U/L (normal bawah ~ 45). Bila fungsi hati terjejas, sel-sel hati akan mengeluarkan enzim ini, bacaan dalam darah akan jadi tinggi.

Nasib beliau baik, beliau masih muda dan dapat pulih. Jika beliau mempunyai profil risiko tinggi & berumur, mungkin beliau tidak akan selamat.

“Kidney pills” ini mengandungi bahan “methylene blue”. Memang sudah ada laporan dalam jurnal akan bahaya nya produk ini. Urin memang akan menjadi hijau (bahan methylene blue yang biru + kuning urin = hijau).

Mohon hati-hati dengan apa pun yang anda masukkan dalam mulut itu ya. Perkhidmatan Kementerian Kesihatan ada dimana-mana, mohon jumpa lah kami. Jangan beli apa-apa dari luar. Bahan-bahan yang ada didalamnya mungkin memudharatkan anda.

Kesihatan anda, milik anda.
Nyawa anda jangan dipertaruhkan.

#KamiSediaMembantu
#PerangMelawanMitos

Rafidah Abdullah & Sathvinder Sidhu
Pakar-Pakar Perubatan Pahang Barat

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*