Tayar adalah satu-satunya benda yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan. Bila tayar dalam keadaan baik, pengawalan, kestabilan dan keselamatan kenderaan akan dipertingkatkan. Tapi, jika tayar tak cukup angin atau dah lama, ia akan sebabkan tayar akan meletup dan berhadapan dengan situasi ‘hydroplaning’.

1. Angin

Tekanan angin pada kereta adalah seperti minyak untuk enjin, bila rendah, kerosakan dalaman akan berlaku, dan tidak dpat dilihat sehingga terlambat.

Tayar akan kekurangan angina 1-2 psi setiap bulan, jika dibiarkan, tayar tidak dapat menampung berat kenderaan dan penumpang yang ada. Bila ini berlaku, tayar boleh meletup sehingga menyebabkan hilang kawalan dan kemalangan.

2. Tukar tayar

Tukar tayar pada setiap 8,000 ke 11,000 kilometer (5-7,000 miles) perjalanan. Lebih-lebih lagi kenderaan pacuan hadapan, yang mana lebih banyak digunakan berbanding tayar belakang.

Dengan menukar kedudukan tayar secara berkala (tayar depan ke belakang, tayar belakang ke depan), kadar penggunaan kesemua tayar akan lebih seimbang, yang mana memanjangkan lagi penggunaan dan prestasi.

Sekiranya tidak ditukar pada masanya, tayar hadapan akan cepat haus, manakala tayar belakang akan mempunyai corak haus yang tidak sekata, sekaligus membuatkan berlakunya getaran.

Perkara yang sama juga berlaku pada penjajaran (alignment), jika tak dibuat dengan betul, tayar akan cepat haus, dan kos yang akan dikelurakan kelak meningkat.

3. Pemeriksaan visual

Bukan itu sahaja, pemilik perlu memeriksa keadaan tayar dengan kerap, sekiranya ada terlanggar lubang, atau apa sahaja objek yang ada.

Bonjolan, koyakan dan kerosakan lain yang boleh dilihat akan menyebabkan bahagian dalaman tayar rosak, yang mana akan menjadi punca ia meletup.

Dengan melihat keadaan tayar secara kerap, pemilik kenderaan boleh mengenalpasti apa-apa kemungkinan yang ada, sebelum ia boleh mengakibatkan kemalangan.

Bukan itu sahaja, sebelum memulakan perjalanan yang jauh, adalah lebih baik untuk meminta mereka yang pakar, memeriksa keadaan tayar, supaya boleh tahu keadaan tayar yang sebenar.

sumber : carcare

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*