Nurul Jannah binti Muner (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia berketurunan Melayu, Cina dan Pakistan. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012).

Beliau mula dikenali secara meluas menerusi peranan signifikannya sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritikal, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf, dan meraih penghargaan seterusnya menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa.

Dalam teater, beliau memegang watak sebagai Me Mang Nak dalam pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Februari 2016. Sebagai penyanyi, beliau telah melancarkan single pertama yang bertajuk “Mungkin Saja” pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Pada Mei 2016, beliau dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi portal pendidikan FullAMark yang dimiliki oleh The New Straits Times Press dan juga dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC).

Beliau beralih kepada peranan yang lebih kedewasaan menerusi drama waktu perdana di Slot Akasia TV3 Biar Aku Jadi Penunggu bergandingan bersama Ashraf Muslim. Selain itu, Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara serta drama bertajuk Dia yang juga akan bersiaran di Slot Akasia TV3 nanti.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.

Biodata Janna Nick

  • Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
  • Nama Komersil : Janna Nick
  • Tarikh Lahir : 1 Jun 1995
  • Umur : 22 tahun (2017)
  • Ketinggian : 165 cm
  • Asal : Sungai Petani, Kedah
  • Keturunan : Darah campuran Cina-Pakistan dan Thai
  • Status : Belum berkahwin
  • Kerjaya : Pelakon, pengacara dan penyanyi
  • Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pencapaian : Menang sebagai Aktres Pilihan (Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Syarul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
  • Keluarga : Anak kedua daripada empat beradik
  • Lagu Single : Mungkin Saja – OST Suami Tanpa Cinta

Drama :

  • Mek Kelate
  • Syurga Nur
  • Jodoh 1 2
  • Syurga Di Wajahmu
  • Dan Calonnya Adalah
  • Di Penghujung Dendam
  • Puasa Oh Puasa
  • Kasih Berbisik
  • Keluarga Karaoke
  • Anak Ke-5
  • Kau Aku Kita
  • Abang Sado Jemur Kain
  • Si Montel
  • Terlanjur Mencintaimu
  • Kopi Sentul Mocha Santorini
  • Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.) – Episod Hari Keluarga
  • Suami Tanpa Cinta

Filem :

  • Kerja Kahwin

Laman Sosial :

Akaun Facebook https://www.facebook.com/jannanick95
Akaun Instagram https://www.instagram.com/jannanick
Akaun Twitter https://twitter.com/jannanick95

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*