Pernahkah anda terfikir, siapa yang mencipta tuala wanita yang digunakan oleh kaum Hawa ketika ‘lampu merah’ tiba setiap bulan?

Menurut sejarah, kesedaran tentang perlunya tuala wanita mula wujud sejak zaman Mesir kuno.

Ketika itu, wanita menggunakan daun papirus yang dilembutkan dan dibentuk seperti tampon yang digunakan pada masa kini.

Pada zaman tamadun Yunani, golongan wanita mula menggunakan bahan-bahan seperti kapas, serat sayuran dan rumput kering yang dimasukkan ke dalam beg berbentuk seperti poket panjang kemudian diikat pada pangkal paha.

Sekitar tahun 1867, ‘mentsrual cup’ yang dimasukkan ke dalam beg kecil lalu diikat pada pinggang telah dicipta.

Waktu itu, hanya wanita golongan atasan sahaja yang mampu menggunakan ‘mentsrual cup’ kerana harganya yang mahal.

Bagi wanita golongan bawahan pula hanya menggunakan kain kecil yang boleh dibasuh dan digunakan semula.

Ciptaan tuala wanita pakai buang yang pertama berasal daripada kapas pembalut luka ciptaan Benjamin Franklin. Pada mulanya ia digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka terkena tembakan.

Ia bukanlah 100 peratus dari kapas, sebaliknya dihasilkan menggunakan serbuk kayu pulpa yang dilunturkan sehingga menjadi warna putih.

Jururawat yang melihat bagaimana pembalut luka itu mampu menyerap darah dengan lebih bersih dan berkesan telah menggunakan kapas pembalut luka itu bagi dijadikan tuala wanita.

Pada tahun 1920, Kotex (gabungan nama antara ‘cotton’ dan ‘texture’) mula dipasarkan. Ia tuala wanita pakai buang yang pertama berada dipasaran dan menjadi perintis kepada kemunculan jenama lain selepasnya.

Ciptaan tuala wanita terus berinovasi daripada kapas, wool fiber sehinggalah gel untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya.

Kini, terdapat pelbagai jenis tuala wanita dipasaran dunia. Anda hanya perlu pilih, beli dan pakai.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*