Tulus mencintai suami tidak cukup untuk terlihat hot atau menggiurkan di matanya. Cinta bagai nak rak, tetapi suka memberontak juga tidak akan menggoda suami. Suami yang merasa dicintai oleh isteri akan selalu diliputi kebahagiaan. Anda disebut isteri yang baik jika suami bahagia. Make him happy, everyday! Without fail.

Kepatuhan terhadap perintah suami merupaan kewajipan seorang isteri. Seandainya apa yang dikehendaki suami anda tidak sesuai atau kurang anda sukai, beritahu ia dengan cara yang paling halus. Buat suami faham apa yang anda inginkan tanpa menyakiti hatinya.

Jika betul anda cinta mati terhadap suami, tunjukkan suami 4 perkara ini:

1. URUS RUMAH TANGGA SEBAGAI JIHAD KE JALAN ALLAH

Urus rumah tangga your level best! Makan pakai, anak-anak diuruskan secekap mungkin. Andalah super model untuk suami, andalah chef terkemuka, andalah guru terbaik anak-anak, anda juga best friend suami serta anak-anak. Banyak topi yang anda pakai.

2. TAAT KEPADA SUAMI

Isteri yang hot, taat kepada suami tidak kira masa dan ketika. Isteri juga harus hebat dalam urusan kelambu. Isteri perlu juga tahu cara menjaga perhubungan suami isteri yang baik dan menggairahkan. Jangan malu-malu saat harus melayani hasrat suami. Sesekali anda juga menggoda suami untuk naik ke tempat tidur. Tidak berdosa jika anda menjadi “pemimpin” sekali-sekala. Be a hot wife ever!

3. BERSOLEK UNTUK SUAMI

Menjaga penampilan penting untuk membuat suami bahagia. Jangan ragu untuk mengunjungi Salon Muslimah, mengikuti klub senaman atau kelas yoga. Kecantikan anda bukan hanya untuk anda tetapi juga untuk suami. Merawat diri merupakan salah satu tip menjadi isteri yang baik dan disayangi suami. Anda juga dapat meminta opinion ikhlas daripada suami tentang apa yang kurang pada diri anda.

4. MINTA IZIN SUAMI UNTUK MEMBELANJAKAN HARTA

Seorang isteri yang baik akan selalu meminta izin suami untuk membelanjakan wangnya; walaupun perbelanjaan itu merupakan komitmen bulan yang suami sedia maklum, jika lebih baik, sentiasa maklumkan suami akan sebarang pengeluaran duit dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnya membelanjakan harta suami tanpa pengetahuannya. Berdosa, tahu?

Comments

comments