“Macam mana nak murah rezeki selain dari bersedekah”

Ko pernah dengar tidak isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? memang lah tak pernah kalau ko tidak kawin lagi. kawin dulu baru kau tahu.

Bini aku ni kaki makan, asal nampak je benda baru semua nak beli nak cuba, padahal benda tu kadang-kadang tak sedap mana pun, tapi dia dah tekak biawak, aku ikutkan. Sampai kadang aku rasa bini aku ni tak pandai nak berjimat. Aku pernah rasa macam mana nak marah je bini aku, sudah la tu nak makan itu ini, tapi aku tidak sampai hati, aku ikutkan jjuga sebab aku jenis orang tak boleh cakap” tak boleh” sebab memang aku jenis dari dulu, baik untuk family mahupun kawan, walaupun bini selalu tanya boleh tak dulu, aku tetap cakap boleh walaupun hati tak rela.

Aku pernah dalam dompet ada RM50 je, sales tengah down, duit pun cukup-cukup untuk restock barang, time tu juga bini ajak aku makan dekat kedai mamat Thailand untuk makan siakap. Aku dah menung dah, dalam dompet ada RM50 je tapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, aku ikutkan. Habis burn RM48 makan. Tapi lepas je habis makan, ko tau apa? Whatsapp aku berdesup masuk send detail payment, Alhamdulillah boleh senang hati dah, time tu aku tak persan lagi.

Pernah 1 hari, whatsapp masuk bersepah, aku dah closing habis baik tapi macam biasa, lepas je barang bagi harga semua krik-krik. Merenung kejap aku, sehari tiada sale padahal whatsapp masuk bersepah, then malam tu bini aku cakap mengidam nak makan dekat TAPAK la, tempat foodtruck banyak tu. Aku time tu dekat shah alam, aku dengan mood yang tengah down, ikutkan juga asalkan bini aku seronok tak tarik muka. DAlam perjalanan ke sana magic jadi lagi, whatsapp yang krik-krik siang tadi terus minta detail buat pembayaran. Aku tak persanan lagi taime tu, aku macam biasa tapi memang betul semua nak buat payment.

Sampai satu hari baru aku terbaca dekat wall, orang post “isteri pembawa rezeki suami”

Lepas aku baca baru aku hadam apa yang terjadi selama ini “abang hati tisu, ada rasa sebak pulak”

Korang tak percaya korang cuba buat, ko cuba tak gaduh-gaduh dengan bini, cuba iyakan je apa bini kau nak asalkan itu kau rasa masih waras la di fikiran kau.

Rujukan Jimmy Johari

Comments

comments

Total
1K
Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*