Biodata dan Profile Penuh Fazura

  • Nama Penuh: Nur Fazura Sharifuddin
  • Nama Popular: Fazura
  • Nama Panggilan: Fazura/Faz
  • Tarikh Lahir: 27 September 1983
  • Umur: 34 tahun (2017)
  • Status: sudah berkawin
  • Asal: Pekan, Pahang
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat dan Kolej Rekaan Fesyen
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara TV, Model, Penyanyi, VJ dan Ahli Perniagaan
  • Program TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus, MTV Pop Inc, Tahajjud Cinta, Facing Up To Fazura 1&2
  • Filem: Antaranya Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak, Kami Histeria, Manisnya Cinta Di Cappadocia
  • Drama: Antaranya Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Menantu, Ezora, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta
  • Duta: Olay, Avon, Nutox Skincare, Hair Extension Hair Dreams & LUX

Pencapaian dan Anugerah Diterima Fazura

  • Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17)
  • Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19)
  • Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23)
  • Pelakon Pembantu Wanita Filem ASK2010
  • Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27)

Media Sosial Fazura

  • Laman Web Fazura: http://facinguptofazura.com
  • Instagram: https://www.instagram.com/missfazura
  • Twitter: https://twitter.com/missfazura
  • Facebook: https://www.facebook.com/Nur-Fazura-Official-773073436087325/
  • Websta: https://websta.me/n/missfazura
  • Wikipedia BM: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nur_Fazura
  • Wikipedia English: https://en.wikipedia.org/wiki/Fazura
  • Jenama Tudung Fazura, Doll Scarves: http://www.myhouseofdoll.com

Perkara Menarik Tentang Fazura

  • Fazura dikatakan antara selebriti Malaysia yang paling cantik dan seksi di samping pelbagai kontroversi yang melanda sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.
  • Antara kontroversi terkini adalah istilah ‘kimK’ yang dihantar oleh peminat beliau di Instagram yang mana sebenarnya merujuk kepada Kim Kardashian namun disalahertikan oleh Fazura.
    “Macam kimK yg depan tu”
    tulis @vii.narza pada salah satu post Fazura di Instagram
  • Bakat lakonan Fazura dikesan oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil.
  • Fazura dikatakan bercinta dengan pemenang Singapore Idol Musim 2, Hady Mirza pada awal 2007.
  • Kemudian pada tahun 2013 pula, khabar angin mengatakan yang Fazura menjalin hubungan dengan pelakon, Shaheizy Sam.
  • Seterusnya, Fazura dihangatkan dengan gosip bercinta dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ).
  • Antara rakan artis teman baik Fazura adalah bekas pengacara TV dan penyanyi Cheryl Samad dan pelakon Gol & Gincu, Sazzy Falak.
  • Dalam bidang nyanyian, nama Fazura mula meletup sebagai penyanyi apabila duetnya bersama Estranged dengan lagu Hancur Aku menjadi bualan ramai.
  • Pada Jun 2016, Fazura melangkah ke dunia perniagaan dengan melancarkan jenama tudung bawalnya yang tersendiri, Doll Scarves di ekspo fesyen Muslimah terbesar Brunei, BIFEX 2016.

Comments

comments

Total
13K
Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*