Secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru. Difahamkan harganya bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran.

Dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan

Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan, Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Harga setiap varian pula adalah seperti berikut; 1.3 Standard G (MT) – RM44,300, 1.3 Standard G (AT) – RM46,300, 1.3 Premium X (AT) – RM48,300, 1.5 High (AT) – RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) – RM55,300. Semua harga tidak termasuk insurans.

Rujukan : Paultan

Comments

comments