Assalamualaikum

Saya sekarang berusia awal 20an, baru setahun saya berumahtangga. Sekarang saya tinggal di rumah ibu suami atas sebab mother in law tiada siapa nak jaga. Dia tetap nak suami saya duduk dengan dia walaupun ada anak lain. Saya tidak kisah walaupun saya tidak nak sebenarnya, sebab saya fikir ini lah peluang suami saya jaga ibunya.

Saya belum mempunyai zuriat, kerana itu saya pernah dihina oleh ipar dan disebabkan perkara ini pernah sampai kami bergaduh, sedangkan hal sebenar saya dan suami sahaja yang tahu kenapa kami belum ada zuriat. Apabila duduk dengan mother in law semua ingat saya senang, ya Allah hari-hari sebelum tidur malam saya akan menangis. Mother in law selalu cari pasal, hari-hari sindir dan marahkan saya. Mother in law letak tanggungjawab jaga cucu dia ke saya, tapi apabila saya marah cucu dia, dia marah saya balik. Marah biasa je tak sampai maki hamun apatah lagi naik tangan.

Bila saya tak dapat jaga cucu dia, mula lah dia sindir saya cukup-cukup. Apa je yang saya buat semua tidak kena di mata mother in law. Lagi teruk, semua keputusan keluarga kami mother ion law yang putuskan. Suami jangan cerita la, bila saya mengadu dekat dia apa mother in law buat dan ajak pindah rumah sendiri, saya pula disalahkan sehingga pernah suami cakap saya cuba pisahkan dia dengan ibunya. Mother in law sentiasa cari kesalahan saya, saya tak pernah biarkan mother in law buat kerja sendiri tapi bila dia yang buat, dia sindir saya buat kerja tak sesempurna seperti dia.

Suami kerja luar, jadi dia tidak nampak apa yang jadi, bila saya mengadu saya pula dimarahnya. Rasa nak lari je dari sini. Maaf saya tidak tahu nak menulis macam mana dalam keadaan saya yang tidak tenang. Tapi saya perlu tempat mengadu. Saya tidak berani kongsi dengan keluarga saya, macam mana hidup dengan mother in law yang jahat ni.

Boleh tak bagi cara atau ayat untuk lembutkan hati suami saya supaya pindah keluar dari rumah? bukan saya tidak mahu wuami jaga ibunya, kalau dia nak jenguk hari-hari pun saya tak kisah, saya cuma tidak mahu serumah dengan mother in law, taknak dosa saya bertimbung lagi disebabkan mother in law. Jangan bagi tips suruh abaikan mother in law, sebab saya dah buat tu tapi makin hari makin teruk. mohon bagi tips yang boleh buat saya tenang.

Rujukan KRT

 

Comments

comments

Total
524
Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*