Suami kantoi Curang Bila Isteri Whatsapp Nombor tersebut Balas “Wah, Tak puas lagi ke tadi”

Saya sudah tiga tahun berkawin tiada masalah. Tiba-tiba semalam semasa saya cari barang dalam bonet kereta suami, terjumpa sebijik iPhone. Apabila saya klik iPhone tersebut, ada gambar seorang gadis, saya bawa iPhone tersebut dan tanya suami saya siapa punya ini. Dia kata dia terjumpa dekat bawah kereta semasa dia pergi pulau pinang.

Dia terus ambil dan simpan telefon tersebut, saya jadi runsing, ye la susah nak percaya sebab dalam tu ada satu je nombor telefon. Saya cua telefon nombor tersebut tapi tiadak diangkat. Apabila saya buka galeri ada gambar suami. Yang ini dia kata kawan dia tolong ambilkan. Apa yang saya pelik, bukan ke kalau iPhone hilang tuan punya asal boleh kesan kedudukan iPhone dia.

Sangat keliru apabila nombor yang saya simpan tu ada whatsapp, saya cuba hantar emoji kiss, boleh perempuan tu balas “wah, tak puas lagi ke tadi?’ Terus saya tanya suami saya, suami ambil telefon dan terus keluar tanpa hiraukan saya. Sehingga sekarang suami dah tak balik empat hari. Bila di tanya, dia kata tinggal di rumah mak dia dan saya tanya kenapa buat macam ini, dia kata tak mahu gaduh.

Saya kuatkan diri demi anak berusia lima bulan.

Doakan saya kuat ya.

Saya terkedu dan rasa sedih, macam-macam jamu saya dah makan, tak menyusahkan suami tapi saya macam tidak dihargai.

Rujukan kisah rumah tangga

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.