Aliff Syukri Berharap Lagu Dapat Ke AJL

LAGU Abang Nak Tegur nyanyian pengasas komestik Datuk Seri Aliff Syukri difahamkan tersenarai dalam pencalonan awal program popular Muzik-Muzik.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh jutawan ini dalam temu bual live di FB Sinar Harian.

“Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula.

“Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan.

“Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending,” jelas Aliff gembira.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh