Biodata Elfira Loy

Biodata Elfira Loy

Biodata Elfira Loy

  • Nama Penuh: Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
  • Nama Popular: Elfira Loy
  • Nama Panggilan: El
  • Tarikh Lahir: 8 Mac 1994
  • Umur: 22 tahun (2016)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keturunan: Campuran darah Melayu, Cina dan Arab
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik. Ayah bernama Ahmad Sabri dan ibu Filzah Binti Yusoff. Adik-beradik pula ialah abang Ahmad Ezzraa Loy, adik Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan adik bongsu Ahmad Evvraa Loy.
  • Kerjaya Seni Elfira Loy
  • Pekerjaan: Pelakon (sejak 2006), Pengacara, Penyampai Radio dan Model Iklan
  • Teater: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
  • Drama/Telefilem: Antaranya Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Persinggahan, Sanggar Cinta Raudhah, Cinta Itu Buta, Senja Permai, Waktu Rehat, Qalesya, Kum Kum, Qalesya 2, Waktu Rehat 2 dan Hani.
  • Filem: Damping Malam
    Program TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
    Anugerah: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Drama Kum Kum pada Anugerah Skrin 2011

Biodata artis lain

nadia syahahab
Uqasha senrose

Media Sosial Elfira Loy

  • Instagram: https://www.instagram.com/elfiraloy
  • Facebook: https://www.facebook.com/filzay/
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nurul_Elfira_Loy

Fakta Menarik Tentang Elfira Loy

Elfira Loy memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2006 di usia 12 tahun dalam teater Ali Baba: The Musical Theater. Beliau kemudiannya mewakili Malaysia untuk Ali Baba: The Musical Theater di Hamedan Theater Festival Internasional untuk Kanak-kanak dan Remaja, yang berlangsung pada 27 September hingga 5 Oktober 2010.

Elfira Loy pernah menjadi model iklan motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp, The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) dan Plus One.

Elfira Loy telah memulakan penghijrahannya dengan bertudung sepenuhnya pada hari lahirnya, 8 Mac 2015 dan membayangkan perkara tersebut sebagai simbolik kelahiran semula.

Beliau juga pernah menjadi deejay atau penyampai radio di stesen radio Era FM pada April 2014.
Elfira Loy juga telah menceburi bidang perniagaan dengan pembukaan kafe Love Me Sevendays.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh