Facial Tissues Dari Najis Panda Ini Dijual 10 Kali Ganda Mahal Dari Tisu Biasa

Sebuah syarikat di China telah menghasilkan tisu dari najis panda yang berharga 10 kali ganda lebih mahal dari harga tisu biasa.

Tisu ‘Panda Poo’ ini dijual pada harga 43 yuan (RM26) sekotak. Harga tisu tersebut dikatakan mahal kerana proses menghasilkan tisu tersebut adalah rumit.

Tisu tersebut turut menggunakan lebihan buluh yang dikumpul dari tiga pusat pemeliharan panda.

Menurut Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping, mereka akan memastikan tisu-tisu itu mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Selain tisu najis panda ini turut digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh.

rujukan sinarharian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.