in

Farid Kamil Dibawah Pengaruh Dadah Jenis Ganja

img_1460.jpg

Menurut laporan Utusan Online, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil telah ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber kepada portal berita berkenaan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, Farid dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Mutiara Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Terkini. “Saya mengesahkan pelakon berkenaan positif dadah jenis ganja. Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut

rujukan rotikaya

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
img_1448.jpg

Biodata Zara Zya

img_1479.jpg

Biodata Dato Farid Kamil