Aeril Zafrel Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Mercedes

Bertuah! Itulah ungkapan yang dikatakan orang ramai apabila melihat Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal sebuah kereta mewah, Mercedes C200 yang bernilai sekitar RM250,000 bersempena hari jadi yang ke 27.

Menurut perkongsian di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan oleh Aeril bagi menghargai pengorbanan dan peranan Wawa sebagai isteri selama mereka berkahwin sejak 2012. Selain memuat naik gambar, Aeril turut memberikan ucapan yang sangat romantis buat isterinya.

Menurut Aeril, isterinya seakan tidak percaya kerana beberapa kali bertanya kepadanya tentang hadiah yang ingin diberikan. Memang terkejut Wawa apabila suaminya itu benar-benar menghadiahkan kereta Mercedes edisi terbaru 2018.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.