Belajar Sampai Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu

Sekarang ni bukan senang nak jadi kaya. Nak dapat kerja pun susah. Tidak kira kelulusan apa pun, belum tentu ianya menjamin peluang pekerjaan.

Namun bagi Saipol Azmir Zainuddin, keputusannya untuk berhenti sekolah ketika di darjah 6 bukanlah keputusan yang salah. Rezeki setiap orang berbeza-beza. Hasil usahanya yang gigih, pengembala berusia 33 tahun ini mampu menjana pendapatan lebih RM1 juta melalui jualan lembu tahun lalu.

Menurut Saipol, belajar sehingga darjah 6 tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi orang yang berjaya.

“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil. Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya.

Kisah kejayannya bermula selepas dia membeli seekor anak lembua berharga RM450 dengan gaji pertamanya yang diperoleh sebanyak RM750. Kemudian dia membeli seekor lembu setiap bulan sehinggalah berusia 18 tahun, dia mempunyai 300 ekor lembu.

Sepanjang tempoh itu, dia menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung. Impiannya adalah untuk memiliki ladang ternakan sendiri.

“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.”

Saipol juga dikenali sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu. Kini, dia mempuyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.

Rujukan Worldofbuzz

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh