Sekilas Pandangan Tentang Lim Guan Eng

Sekilas pandangan tentang LGE

Sebenarnya saya sering memerhatikan LGE, cara beliau , adab beliau, paling tertarik beliau berhenti berucap ketika mendengar suara azan. Cara protokol dia menghormati Tun M dan menteri menteri lain, nampak halus berbudi dan bukan di buat buat.

Bukan nak puji sembarangan, saya tinggal di Penang dan mengenali beliau secara rapat dan peribadi.

Semasa beliau menjadi ketua menteri Penang, waktu makan tengah hari boleh dilihat beliau makan di kedai kedai makan ditepi jalan, berbual dgn masyarakat tanpa ada batasan protokol. Suara nya lembut, ayat nya tersusun dan tinggi budi bahasa.

Teringat lagi dimalam ucapan DSAi sempena pembebasan DSAi, tiba giliran LGE, mcee telah mengumumkan seorang YB berbangsa cina memegang jawatan Menteri Kewangan, sila kan YB Lge, itu ungkapan mcee malam tu, sebaik memegang michropone, dia dgn wajah merah menahan marah terus berkata, saya bukan Cina , saya MALAYSIAN, BANGSA SAYA BANGSA MALAYSIA, SAYA LAHIR DI MALAYSIA, tepukan gemuruh menyambut ucapannya itu.

KEBIJAKSANAAN SEORANG AKAUNTAN

Di Pulau Pinang, semasa kerajaan DAP mengambil alih, hutang yg ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada 2013 ialah 18 million, tetapi LGE yg merupakan seorang akauntan bertauliah telah menstrukturkan semula perbelanjaan kerajaan Negeri mengawal ketirisan dan menyekat pembaziran pentadbiran, akhir pada awal tahun ini 2018 selepas dia memerintah dalam masa 5 tahun, hutang kerajaan negeri sekarang ini cuma 2 million., inilah kehebatan seorang akauntan yg telah menjadi sebab utama Tun M mengambilnya sebagai Menteri Kewangan. Tidak boleh dinafikan, dibawah pentadbiran LGE, kita boleh mengharapkan satu magik akan berlaku dan akan menjadikan Malaysia sebuah Negara kaya dan makmur.

MENEGAKAN SYIAR ISLAM.

Sejujurnya, berapa ramai pemimpin melayu berhenti berucap bila mendengar suara azan, berapa ramai pemimpin melayu yg ada install azan di handphone nya? Saya pernah bertanya pada LGE, kenapa tiba tiba hpone yg dipegangnya mendendangkan azan, apakah YB install application itu dan berminat dgn Islam? Jawabnya, ya saya download, saya akan berhentikan mesyuarat bila dengar azan dan saya tak boleh berbual ketika azan dilaungkan. Saya kena hormat Islam.

Di Penang, ada 254 masjid, 252 masjid ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Negeri, setiap dua hari, ada kelas agama, kelas al quran, Jaip diarahkan oleh Kerajaan negeri dan melapurkan terus kepada LGE mana mana masjid yg tidak menyerlah, samada AjK masjid ditukarkan segera atau masjid itu akan menjadi projek anak angkat JAIP sehingga kembali mengimarahkan syiaR Islam.

Bantuan Masjid di pertingkat kan 200% peruntukan dalam budget Kerajaan Negeri.

PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP LGE.

Di Penang tanyalah driver teksi atau penjual buah dijalanan sehingga lah ke pegawai tinggi, semua mereka akan berkata LGE adalah seorang pemimpin yg mudah didekati dan memahami masalah rakyat.

Pada tahun 2017, masyarakat Melayu di Tanjung Bungah, memohon tanah utk perkuburan Melayu Islam diajukan kepada LGE, sebelum itu Kerajaan BN memerintah langsung tidak dipedulikan, LGE sendiri turun mencari tanah dan membeli tanah tersebut dan diberikan kepada orang Melayu sebagai wakaf.perkara itu selesai dalam seminggu sahaja.

Sekarang saya dah duduk dibawah Kerajaan DAP lebih 5 tahun, saya bandingkan dengan MCA, ternyata sangkaan saya meleset, DAP bukan parti cina atau partj perkauman, didalam DAP ada yb melayu cina dan India, ia spt gabungan satu Malysia, apa maksud DAP, DEMOCRATIC ACTION PARTI ( PARTI TINDAKAN DEMOKRASI) , tak ada pun sebut bangsa seperti MALAYSIA CINA ASSOCIATION, MCA, yg semua ahli dan pemimpin berbangsa cina. So utk melebelkan DAP sebagai cauvanis atau parti berteraskan kaum adalah salah sama sekali.

Rupanya apabila anda mengenali LGE secara dekat dan secara peribadi, dgn penuh yakin, saya akan berkata bahawa LGE adalah jambatan muhibah yg menghubungkan antar Kaum cina dan melayu, melihat LGE spt anda melihat seorang pemimpin melayu yg menghormati Islam, berbudi bahasa dan sentiasa menghormati orang lain

TUDUHAN LGE RASUAH?

Ini adalah tuduhan rekaan kerajaan BN UMNO, kalau anda tahu LGE sgt disayangi oleh orang Penang, bukan setakat rumah harga bawah pasaran, org nak bagi free pun ramai, kalau kalian tahu, di Penang berapa ramai billionaire Malaysia, pada mereka setakat rumah yg dibeli oleh LGE umpama kandang ayam sahaja, mereka ketawa bila LGE dituduh membeli rumah dgn harga murah, sebenarnya rumah itu hampir diberikan percuma oleh pemiliknya kerana terkasima dgn hajat LGE mahu memilikinya, apakah rasuah yg dikaitkan dengan beliau kalau tuanpunya rumah hanyalah billionaire yg tak punya apa apa projek dan kepentingan dgn Kerajaan Negeri?

Apakah andaian bahawa tuan punya rumah akan mendapat laba dan keuntungan menjual rumah itu kepada LGE kalau pemiliknya seorang tua berusia 80 tahun yg hanya mahu menghabiskan usia dengan berehat dan tidak mahu terlibat dengan apa apa lagi?

Tuan rumah mahu menjual rumah yg ditinggalkan sekian lama kepada seorang ketua menteri yg sangat mereka kagumi. Dimana salahnya dari segi undang undang kalau proses jual beli melalui firma peguam yg sah? Dokument semua lengkap.

Akhirkata …

Sila lihat gambar dibawah bagaimana LGE berdiri dan penuh hormat kepada Tun M. Dialah pemimpin yg sama sama bersengkang mata dgn Tun M untuk menyelamatkan Malaysia sedang bekas bekas pemimpin melayu UMNO bukan sahaja telah bersekongkol menjahamkan Malaysia tetapi sekarang ini mereka memfitnah LGE supaya melayu membenci LGE, adilkah kepada bangsa melayu anda membenci seorang yg siang dan malam bekerja utk menyelamatkan Malaysia dan usahanya jauh lebih kuat dari bangsa melayu itu sendiri?

KRBM-PPBM

One Response

  1. khushairyuslee

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh