Oleh Robot Merah July 18, 2018

Agak pelik apabila melihat durian ini yang telah dibuang durinya oleh penjual durian di Thailand. Beberapa gambar durian tidak berduri ini menjadi tular di laman sosial kerana ia nampak unik.

Anda boleh dapatkan durian ini di Por Pala-U Farm di Hua hin, Thailand. Pemilik Por Pala-U Farm, Siwakapon Rattanarungrueng berkata, durian ini telah lama dijual sejak lima tahun lepas di ladang durian miliknya itu.

“Pelanggan-pelanggan yang datang ke sini untuk membeli durian sentiasa mengalami kesukaran untuk membawa balik durian kerana durinya yang tajam,” ujarnya lagi.

Siwakapon dikatakan akan membuang duri durian menggunakan pisau dan mengambil masa selama lima minit bagi sebiji durian. Walaupun permintaan durian tinggi pada ketika ini, namun dia tidak akan menaikkan harga.

Gambar buah durian tiada duri tersebar meluas di negara itu hinggalah ke Malaysia. Pelbagai respon dapat dilihat jika anda membaca komen-komen di laman sosial Facebook.

Ada yang menganggap cara sebegini dapat menyelesaikan masalah memegang durian tetapi ada juga mengatakan identiti buah durian akan hilang jika dibuang durinya itu.

Walaupun begitu, kami menganggap durian yang dibuang duri adalah langkah bijak malah menyenangkan pelanggan untuk membawa balik buah tersebut serta mudah untuk mengopek kulit durian itu kelak.

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.